Wednesday, September 30, 2009

MESYUARAT DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA KERJA KELAB SESI 2009/2010











MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 47
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN HASIL DALAM NEGERI KUALA LUMPUR

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Percukaian) Hasil Dalam Negeri Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia YBhg Dato’ Dr. Mohd Shukor Bin Hj. Mahfar telah menyempurnakan majlis perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Ke-47 pada 30 September 2009 di Dewan Hasil, Kompleks Kerajaan, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Dalam ucapan perasmianya YBhg. Dato’ TKP mengharapkan Kelab dapat mempelbagaikan aktiviti agar ia dapat menarik lebih ramai warga Hasil menjadi ahli Kelab. Sebagai Kelab berdaftar yang bernaung di bawah Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia, YBhg Dato’ memuji usaha Kelab ini kerana telah dapat melahirkan ramai bakat-bakat sukan yang boleh dipilih untuk mewakili LHDNM ke kejohanan Sukan Kementerian Kewangan, Sukan Badan Berkanun dan Sukan Persahabatan Malaysia/Singapura.
Pada majlis yang sama, YBhg. Dato’ TKP telah menyampaikan cenderamata kepada mantan Pengurus Sukan Kelab Encik A Azmi Mohamad dan bekas AJK Kelab. Turut menerima Sijil dan Cenderamata adalah 22 Konvenor Sukan Kelab yang berkhidmat bagi tempoh 2005-2008. Sesungguhnya kahadiran YBhg. Dato’ TKP merasmikan mesyuarat serta menyampaikan sijil dan cenderamata akan dapat memberi dorongan serta iltizam baru kepada AJK Kelab yang sedia ada dan yang akan dilantik untuk terus memberikan khidmat kepada Kelab demi meningkatkan imej sukan LHDNM.

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab ke 47 berlangsung dalam suasana harmoni, Jawatan Presiden dan dua Naib Presiden mengekalkan tradisi tiada pertandingan. Dalam ucapan sulongnya Presiden baru mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan dan berharap beliau akan dapat menjalankan amanah yang diberikan ahli serta dapat menjadikan Kelab terus maju.

Jawatankuasa Kerja Sesi 2009/2010;

Presiden;
Encik Mohd Nizom bin Sairi APM
Naib
Presiden I;
Encik Zamani bin Ismail JTM
Naib Presiden II;
Encik Sohaimi bin Sabri APM
Setiausaha Kehormat;
Encik Supa’at bin Hj. Othman Caw Tidak Bermastautin
Penolong Setiausaha Kehormat;
Encik Shaharrudy bin Othman Jab Percukaian Antarabangsa
Bendahari Kehormat;
Encik Wan Mustafa bin Husin Caw Wangsa Maju
Pengurus Sukan;
Encik Nor Azam bin Mohamad Caw Tidak Bermastautin
AJK Bebas;
Encik Razali bin Yaacob APM

Encik Abd Aziz bin Mohd Salleh Caw Jalan Duta
Cik Siti Rohaya binti Ramli Caw Tidak Bermastautin
Encik Wan Zulkifli bin Wan Ali JTM

Wakil;
Jab/Bhg di Ibu Pejabat;
Encik Muhamad Azam bin Nayan Jab Perolehan dan Aset
Cik Noorrul Waheedah Binti Ahmad Jamaludin Jab Kewangan Lantik 21 Okt 2009
Jab Cukai Korporat;
Encik Md Rasidi bin Yunos
Jabatan Teknologi Maklumat;
Cik Suzihani Binti Ibrahim Lantik 21 Okt 2009
Jabatan Pemprosesan Maklumat;
Encik Mohd Soffee Bin Mohd Zahir Lantik 21 Okt 2009
Puan Roziah Binti Ghani Lantik 21 Okt 2009
Akademi Percukaian Malaysia;
Encik Rahmat Sukri Bin Mohamad Lantik 21 Okt 2009
Caw Jalan Duta;
Encik Hamidi bin Hassan
Caw Tidak Bermastautin;
Encik Shahrulniza bin Abdul Rahman
Caw Pungutan Kuala Lumpur;
Encik K Vikneswaran Kuppusamy
Caw Siasatan Kuala Lumpur;
Encik Mohd Zamri Bin Basir Lantik 21 Okt 2009
Caw Cheras;
Puan Azizah binti Mohideen
Caw Kuala Lumpur Bandar;
Encik Razali bin Abu Bakar
Caw Wangsa Maju;
Encik Ahmad Sukri bin Samsudin

Pemeriksa Kira-Kira Kehormat;
Encik Zahari bin Ali
APM
Puan Noriza binti Othman Caw Cheras


Setiausaha Kehormat
KKSHDNKL
21 Oktober 2009

Aktiviti Kelab

2009-Mesyuarat Agung KKSHDNKL Ke 47 (1) 2010-Bola Sepak 7 Dan Tenis (1) 2010-Bola Tampar Inter Cawangan (1) 2010-Bolasepak Veteran (1) 2010-Five Yat United Juara Hoki (1) 2010-HASILKLSC Juara MAKSWIP (1) 2010-Hoki 7 Sepasukan Hasil (1) 2010-Jadual Perlawanan Hoki (1) 2010-Kejohanan Badminton Terbuka (1) 2010-Kejohanan Liga Bowling (1) 2010-Keputusan Karnival Futsal (1) 2010-Keputusan Liga Bola Sepak 7'S (1) 2010-Keputusan Sukan MAKSWIP (1) 2010-Majlis 'JasaMu Dikenang' (1) 2010-MAKESH KL2010 (1) 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (1) 2010-Pemain Lawn Bowl Menyerlah (1) 2010-PERAK SUUNTO R N QUEST (1) 2010-Pesta Sukan Kem Kewangan Ke-36 (1) 2010-Program Pembangunan Jati Diri (1) 2010-Rentap Futsal Putrajaya (1) 2010-Tokoh-Tokoh Sukan 2008/2009 (1) 2010-Ulasan Final Liga Hasil KL (1) 2011-Aturcara Pertandingan Menembak (1) 2011-Bersenamrobik Bersama CEO (1) 2011-Futsal 1Belia1Malaysia 2011 (1) 2011-Golf MAKSWIP (1) 2011-Kejohanan Badminton Terbuka LHDNM (1) 2011-Kejohanan Futsal Terbuka LHDNM 2011 (1) 2011-Keputusan Futsal 1Belia1Malaysia (1) 2011-Keputusan Pertandingan Menembak (1) 2011-Kuala Lumpur (1) 2011-LHDNM Ulang Tahun Ke-15 (1) 2011-Menembak (1) 2011-Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MKSHDNM (1) 2011-Penganjuran Aktiviti Skuasy Dan Bola Kerajang (1) 2011-Penghargaan (1) 2011-Pertandingan Menembak (1) 2011-Peserta Menembak (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-1 (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-3 (1) 2011-Selamat Maju jaya (1) 2011-Syabas (1) 2011-Syabas dan Tahniah (1) 2011-Team Futsal HASILKLSC Cemerlang (1) 2011-Ucapan Tahniah (1) Ucapan Tahniah YBhg Tan Sri (1) Wira HASiL Berjaya Menawan Puncak Tertinggi Asia Tenggara (1) XPDC GUNUNG KINABALU LHDNM 2012 (1)