Wednesday, March 24, 2010

MAKESH KL2010







Pasukan JPPM Cemerlang
Penerima
PIALA KETUA PENGARAH LAC2008-09



Kelab telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Hasil (MAKESH) KL2010 pada 3 April 2010 bertempat di Dewan Sri Hasil, Akademi Percukaian Malaysia, Bangi. Kehadiran Tetamu Kehormat Y. Bhg. Dato' Hasmah Binti Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bersama suami menyemarakkan lagi majlis tersebut. YBhg. Dato' Siti Mariam Binti Che Ayub, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Pengarah-Pengarah Jabatan, Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pengarah-Pengarah Cawangan, Ahli Majlis Kebajikan Dan Sukan HAsil Dalam Negeri Malaysia turut memeriahkan MAKESH KL2010 kali kedua diadakan.

Tujuan MAKESH KL2010 dianjurkan bagi;

  • Merapatkan hubungan silaturahim dikalangan ahli-ahli Kelab
  • Mengeratkan persahabatan dikalangan ahli-ahli Kelab khususnya ahli-ahli sukan
  • Merupakan Acara Kemuncak LAC 2008-2009
  • Penyerahan Piala Pusingan bagi 13 acara sukan LAC2008-2009
  • Penyerahan Anugerah Kecemerlangan Sukan di atas pencapaian tertinggi ahli sukan Kelab
  • Pengumuman dan penyerahan Anugerah Tokoh Sukan, Tokoh Pengurusan Sukan dan Tokoh Kepimpinan Sukan 2008-2009
  • Pengumuman dan penyerahan Piala Presiden
  • Pengumuman dan penyerahan Piala Ketua Pengarah

Pasukan Jabatan Pemprosesan Maklumat (JPPM) telah dianugerahkan Piala Ketua Pengarah kerana berjaya menjuarai keseluruhan LAC 2008/2009 manakala Piala Presiden dianugerahkan kepada Pasukan Wisma Hasil di atas Semangat Kesukanan Tinggi yang ditunjukkan sepanjang LAC 2008/2009 dianjurkan.

MAKESH KL2010 juga menganugerahkan Tokoh Kepimpinan Sukan kepada Tuan Hj. Mohd Idris Bin Mamat, Tokoh Sukan kepada Encik Sani Bin Mohd Taib dan Tokoh Pengurusan Sukan kepada Encik Zamri Bin Idris.

Tujuh penerima Anugerah Kecemerlangan Sukan 2008/2009 adalah dari ahli-ahli sukan yang cemerlangan mewakili Wilayah Persekutuan menerusi MAKSWIP sama ada sebagai pemain atau Jurulatih, iaitu;

  • Encik Azmi Bin Mustafa (Pemain Futsal)
  • Cik Zurinah Binti Salimon (Pemain Batu Seremban)
  • Encik Juhari Bin Bahar (Pemain Ping Pong)
  • Encik Wan Zuwar Bin Wan Zain (Pemain Tenpin Bowling)
  • Encik Dzarul Ekhwan Bin Emran (Pemain Tenpin Bowling)
  • Encik Sufian Bin Ahmad (Jurulatih Tenpin Bowling)
  • Encik Ali Bin Hj. Sulaiman (Jurulatih Remaja Hoki)

Buat pertama kali Piala Fairplay, Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir diberikan sebagai nilai tambah kepada Piala Pusingan Y.Bhg. Dato' Che Omar Bin A Rahaman dalam acara Bola Sepak. Manakala acara Tenpin Bowling Piala sumbangan Encik Zakaria Bin A Samad menampilkan pemenang Individu High Game, Individu High Series dan Pasukan High Game.

LAC 2008/2009 telah berjaya menganjurkan kejohanan liga dalam 13 acara berpasukan dan dua acara individu iaitu Catur dan Tenis.

Sejumlah 240 peserta ahli Kelab yang terdiri dari peserta sukan telah memeriahkan majlis pada malam tersebut dan digamatkan lagi dengan persembahan pentas dari Kumpulan Tarian dari JPPM dan artis-artis Hasil dengan iringan Band Hasil. Tidak ketinggalan persembahan bertenaga dari YBhg. Dato' Hasmah Binti Abdullah yang merupakan hadiah kepada pihak penganjur pada malam tersebut.

Ahli Kelab yang bernasib baik turut membawa pulang hadiah cabutan bertuah.

Hasil analisa sepontan ahli Kelab khususnya ahli sukan mahukan majlis tersebut terus diadakan pada masa akan datang.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

Setiausaha Kehormat
Kelab Kebajikan Dan Sukan HAsil Dalam Negeri Kuala Lumpur
e.mel:
hasilklsc@yahoo.com

Aktiviti Kelab

2009-Mesyuarat Agung KKSHDNKL Ke 47 (1) 2010-Bola Sepak 7 Dan Tenis (1) 2010-Bola Tampar Inter Cawangan (1) 2010-Bolasepak Veteran (1) 2010-Five Yat United Juara Hoki (1) 2010-HASILKLSC Juara MAKSWIP (1) 2010-Hoki 7 Sepasukan Hasil (1) 2010-Jadual Perlawanan Hoki (1) 2010-Kejohanan Badminton Terbuka (1) 2010-Kejohanan Liga Bowling (1) 2010-Keputusan Karnival Futsal (1) 2010-Keputusan Liga Bola Sepak 7'S (1) 2010-Keputusan Sukan MAKSWIP (1) 2010-Majlis 'JasaMu Dikenang' (1) 2010-MAKESH KL2010 (1) 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (1) 2010-Pemain Lawn Bowl Menyerlah (1) 2010-PERAK SUUNTO R N QUEST (1) 2010-Pesta Sukan Kem Kewangan Ke-36 (1) 2010-Program Pembangunan Jati Diri (1) 2010-Rentap Futsal Putrajaya (1) 2010-Tokoh-Tokoh Sukan 2008/2009 (1) 2010-Ulasan Final Liga Hasil KL (1) 2011-Aturcara Pertandingan Menembak (1) 2011-Bersenamrobik Bersama CEO (1) 2011-Futsal 1Belia1Malaysia 2011 (1) 2011-Golf MAKSWIP (1) 2011-Kejohanan Badminton Terbuka LHDNM (1) 2011-Kejohanan Futsal Terbuka LHDNM 2011 (1) 2011-Keputusan Futsal 1Belia1Malaysia (1) 2011-Keputusan Pertandingan Menembak (1) 2011-Kuala Lumpur (1) 2011-LHDNM Ulang Tahun Ke-15 (1) 2011-Menembak (1) 2011-Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MKSHDNM (1) 2011-Penganjuran Aktiviti Skuasy Dan Bola Kerajang (1) 2011-Penghargaan (1) 2011-Pertandingan Menembak (1) 2011-Peserta Menembak (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-1 (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-3 (1) 2011-Selamat Maju jaya (1) 2011-Syabas (1) 2011-Syabas dan Tahniah (1) 2011-Team Futsal HASILKLSC Cemerlang (1) 2011-Ucapan Tahniah (1) Ucapan Tahniah YBhg Tan Sri (1) Wira HASiL Berjaya Menawan Puncak Tertinggi Asia Tenggara (1) XPDC GUNUNG KINABALU LHDNM 2012 (1)