Saturday, January 22, 2011

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN MENEMBAK HASIL2011

Briged Tengah PGA Cheras, Kuala Lumpur - 22 Januari 2011 :

YBhg. Dato' Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menyempurnakan majlis perasmian Pertandingan Menembak Hasil KL2011 dengan disaksikan oleh YBhg Datuk Sabin Samitah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Mohd Nizom Sairi, Presiden HASILKLSC, pegawai-pegawai kanan dan rakan-rakan peserta.
Pertandingan pertama kali diadakan diperingkat HASILKLSC menawarkan hadiah piala pusingan TKP (Pengurusan) sumbangan YBhg Datuk Sabin Samitah kepada peserta individu terbaik. Dalam ucapan aluan oleh Presiden Kelab, beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada semua peserta yang mengambil bahagian khususnya kepada YBhg Dato' CEO kerana sudi menerima jemputan untuk turut serta dalam pertandingan dalam kategori VIP. Ucapan penghargaan juga diberikan kepada YBhg Datuk Sabin Samitah di atas sumbangan Piala Pusingan dan diharapkan pertandingan akan diadakan setiap tahun.

Semasa ucapan perasmian YBhg Dato' CEO memuji usaha Kelab di atas penganjuran aktiviti sukan yang boleh membina motivasi anggota LHDNM keseluruhannya. Kepada barisan Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Encik Yew Leong Boon YBhg. Dato' CEO mengucapkan syabas semoga pertandingan ini akan dapat berjalan lancar dan selamat. Kepada semua peserta YBhg Dato' CEO juga mengucapkan Selamat Bertanding Dalam Semangat Kesukanan Tinggi.

Berikut KEPUTUSAN PENUH pertandingan;

Peserta Terbaik Menerima Piala Pusingan Datuk Sabin Samitah

  • Encik Yew Leong Boon
Kategori VIP (Precision 20M, Precision 15M & Rapid Fire)

  • Johan : VIP1 (845 mata) diketuai oleh YBhg Dato' Mohd Shukor Hj Mahfar
  • Naib Johan : VIP2 (523 mata) diketuai oleh YBhg Datuk Sabin Samitah
  • Ke-3 : BIP4 (390 mata) diketuai oleh Encik Mahmood Daud

Kategori (Falling Plate)

  • Johan : VIP1
  • Naib Johan : VIP2
Kategori Terbuka (Precision 20M, Precision 15M & Rapid Fire)

  • Johan : PB United (953 mata)
  • Naib Johan : CSI Shah Alam (865 mata)
  • Ke-3 : Purajaya (736 mata)

Kategori Terbuka (Falling Plate)

  • Johan : PB United
  • Naib Johan : Putrajaya
  • Ke-3 : CSI Shah Alam

Kategori Individu VIP

  • Johan : Encik Yew Leong Boon (244 mata)
  • Naib Johan : Encik Lim Kien Thai (220 mata)
  • Ke-3 : Puan Amnah Tawil (192 mata)

Kategori Individu Terbuka

  • Johan : Encik Yew Leong Boon (244 mata)
  • Naib Johan : Encik Zairal Azman Abdul Razak (222 mata)
  • Ke-3 : Encik Zawawai Mat Isa (217 mata)

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN HASIL"

Setiausaha Kehormat
HASILKLSC
hasilklsc@yahoo.com

SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN MENEMBAK HASIL KL 2011

Peta Lokasi





SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN MENEMBAK HASIL KL2011


ATURCARA MAJLIS

  • 08:00 pagi - Ketibaan & Pendaftaran Peserta
  • 08:30 pagi - Ketibaan YBhg Dato' Dr. Mohd Shukor Hj. Mahfar
    Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia
  • Ucapan Alu-aluan oleh Presiden Kelab
  • Ucapan Perasmian oleh YBhg Dato' Dr. Mohd Shukor Hj. Mahfar
  • Taklimat Keselamatan
  • Acara Pertandingan bermula
  • Penyampaian Hadiah
  • 01:00 ptg - BERSURAI

Makumat;

Sejumlah 4 pasukan VIP dan 12 pasukan kategori terbuka bersamaan 80 peserta mengambil bahagian. 3 acara perlu dilalui peserta iaitu acara Precision 20 Meter, Rapid Fire dan Falling Plate. Peserta luar Kuala Lumpur paling jauh adalah dari Sarawak dan Johor Bahru. Separuh dari peserta tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan menembak bagaimanapun mereka ada rekod latihan menembak sekurang-kurangnya sekali.

Penganjuran adalah dengan kerjasama Briged Tengah PGA Cheras, KL dan Bahagian Keselamatan LHDNM.

hasilklsc@yahoo.com
HASILKLSC

Aktiviti Kelab

2009-Mesyuarat Agung KKSHDNKL Ke 47 (1) 2010-Bola Sepak 7 Dan Tenis (1) 2010-Bola Tampar Inter Cawangan (1) 2010-Bolasepak Veteran (1) 2010-Five Yat United Juara Hoki (1) 2010-HASILKLSC Juara MAKSWIP (1) 2010-Hoki 7 Sepasukan Hasil (1) 2010-Jadual Perlawanan Hoki (1) 2010-Kejohanan Badminton Terbuka (1) 2010-Kejohanan Liga Bowling (1) 2010-Keputusan Karnival Futsal (1) 2010-Keputusan Liga Bola Sepak 7'S (1) 2010-Keputusan Sukan MAKSWIP (1) 2010-Majlis 'JasaMu Dikenang' (1) 2010-MAKESH KL2010 (1) 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (1) 2010-Pemain Lawn Bowl Menyerlah (1) 2010-PERAK SUUNTO R N QUEST (1) 2010-Pesta Sukan Kem Kewangan Ke-36 (1) 2010-Program Pembangunan Jati Diri (1) 2010-Rentap Futsal Putrajaya (1) 2010-Tokoh-Tokoh Sukan 2008/2009 (1) 2010-Ulasan Final Liga Hasil KL (1) 2011-Aturcara Pertandingan Menembak (1) 2011-Bersenamrobik Bersama CEO (1) 2011-Futsal 1Belia1Malaysia 2011 (1) 2011-Golf MAKSWIP (1) 2011-Kejohanan Badminton Terbuka LHDNM (1) 2011-Kejohanan Futsal Terbuka LHDNM 2011 (1) 2011-Keputusan Futsal 1Belia1Malaysia (1) 2011-Keputusan Pertandingan Menembak (1) 2011-Kuala Lumpur (1) 2011-LHDNM Ulang Tahun Ke-15 (1) 2011-Menembak (1) 2011-Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MKSHDNM (1) 2011-Penganjuran Aktiviti Skuasy Dan Bola Kerajang (1) 2011-Penghargaan (1) 2011-Pertandingan Menembak (1) 2011-Peserta Menembak (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-1 (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-3 (1) 2011-Selamat Maju jaya (1) 2011-Syabas (1) 2011-Syabas dan Tahniah (1) 2011-Team Futsal HASILKLSC Cemerlang (1) 2011-Ucapan Tahniah (1) Ucapan Tahniah YBhg Tan Sri (1) Wira HASiL Berjaya Menawan Puncak Tertinggi Asia Tenggara (1) XPDC GUNUNG KINABALU LHDNM 2012 (1)