Friday, April 2, 2010

TOKOH-TOKOH SUKAN 2008/2009






TOKOH KEPIMPINAN SUKAN 2008/2009
Tuan Hj.Mohd Idris Bin Mamat





TOKOH SUKAN 2008/2009
Encik Sani Bin Mohd Taib











TOKOH PENGURUSAN SUKAN 2008/2009
Encik Zamri Bin IDRIS

Sunday, March 28, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA




Bangi, 30 Mac 2010, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia merangkap Presiden Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur Encik Mohd Nizom Bin Sairi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kelab Bil.2/2010 bertempat di Bilik Persidang, APM
Turut hadir Naib Presiden I Encik Zamani Bin Ismail, Bendahari Kehormat Encik Wan Mustafa Bin Husin dan Ahli Jawatankuasa Kerja termasuk Wakil-wakil Kelab dari Jabatan Pemprosesan Maklumat, Jabatan/Bahagian Ibu Pejabat, Jabatan Cukai Korporat, Cawangan Pungutan, Cawangan Jalan Duta, Cawangan Tidak Bermastautin, Cawangan Siasatan Kuala Lumpur, Cawangan Kuala Lumpur Bandar, Cawangan Cheras, Cawangan Wangsa Maju dan Akademi Percukaian Malaysia APM).

Perutusan Presiden;

Beliau amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh setiap AJK yang diterjemahkan melalui penganjuran aktiviti sukan mahupun aktiviti kebajikan. Beliau amat berharap mesyuarat seumpamanya dapat juga diadakan di cawangan-cawangan lain dimasa hadapan. Beliau juga amat yakin sekiranya aktiviti dapat dipelbagaikan, Kelab juga akan dapat menarik lebih ramai warga Hasil menjadi ahli.

Laporan Aktiviti;

Mesyuarat tersebut telah menerima laporan aktiviti oleh Setiausaha Kehormat dengan beberapa pindaan. Sepanjang dua setengah bulan yang lalu dimana beberapa aktiviti telah dapat dilaksanakankan khususnya membentuk pasukan kekejohanan MAKSWIP seperti berikut;

  • Liga Tenpin Bowling MAKSWIP
  • Kejohanan Badminton Berpasukan dan Individu MAKSWIP
  • Pemilihan Bola Sepak Veteran MAKSWIP
  • Karnival Futsal Terbuka Hasil KL2010
  • Program Jatidiri Siri 1
  • Liga Bola Sepak Hasil 2010
  • Kejohanan Tenpin Bowling Pasukan MAKSWIP di Melaka
  • Kejohanan bola Jaring MAKSWIP

Keputusan Terbaik Pasukan Kelab di Kejohanan MAKSWIP;

  • Badminton - Peringkat Kumpulan
  • Tenpin Bowling (Melaka) - Johan
  • Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir

Mesyuarat Kelab;

  • Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Bil.1/2010 - pada 21 Januari 2010
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil.1/2010 - pada 5 Februari 2010
  • Mesyuarat Jawatankuasa Sukan Bil.1/2010 - pada 18 Februari 2010
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Bil.2/2010 - pada 24 Mac 2010

Keahlian Kelab;

  • Sejumlah seribu seratus ahli berdaftar. Dua puloh lapan mohon menjadi ahli

Laporan Bendahari Kehormat;

  • Mesyuarat dimaklumkan bahawa Laporan Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2009 dengan rasminya telah diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira.

Agenda Hal-hal lain;

  • Mesyuarat telah dapat berbincang dan memperhalusi rangka kerja persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Hasil (MAKESH) KL2010. MAKESH akan berlangsung pada 3 April 2010 di Dewan Sri Hasil APM.
  • YBhg Dato' KPE telah memberikan persetujuan untuk hadir
  • Presiden telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi pemilihan calon penerima anugerah dan akan diumumkan pada malam tersebut.
  • Bersempena mesyuarat ini, Presiden Kelab telah melancarkan blog rasmi Kelab iaitu http://sukanhasilkl.blogspot.com/ dan berharap ia sentiasa dikemaskini. Bagaimanapun semua AJK perlu memberikan bahan-bahan untuk dipaparkan.

    "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
    "KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"


    Setiausaha Kehormat
    Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
    e.Mel: hasilklsc@yahoo.com.my

Aktiviti Kelab

2009-Mesyuarat Agung KKSHDNKL Ke 47 (1) 2010-Bola Sepak 7 Dan Tenis (1) 2010-Bola Tampar Inter Cawangan (1) 2010-Bolasepak Veteran (1) 2010-Five Yat United Juara Hoki (1) 2010-HASILKLSC Juara MAKSWIP (1) 2010-Hoki 7 Sepasukan Hasil (1) 2010-Jadual Perlawanan Hoki (1) 2010-Kejohanan Badminton Terbuka (1) 2010-Kejohanan Liga Bowling (1) 2010-Keputusan Karnival Futsal (1) 2010-Keputusan Liga Bola Sepak 7'S (1) 2010-Keputusan Sukan MAKSWIP (1) 2010-Majlis 'JasaMu Dikenang' (1) 2010-MAKESH KL2010 (1) 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (1) 2010-Pemain Lawn Bowl Menyerlah (1) 2010-PERAK SUUNTO R N QUEST (1) 2010-Pesta Sukan Kem Kewangan Ke-36 (1) 2010-Program Pembangunan Jati Diri (1) 2010-Rentap Futsal Putrajaya (1) 2010-Tokoh-Tokoh Sukan 2008/2009 (1) 2010-Ulasan Final Liga Hasil KL (1) 2011-Aturcara Pertandingan Menembak (1) 2011-Bersenamrobik Bersama CEO (1) 2011-Futsal 1Belia1Malaysia 2011 (1) 2011-Golf MAKSWIP (1) 2011-Kejohanan Badminton Terbuka LHDNM (1) 2011-Kejohanan Futsal Terbuka LHDNM 2011 (1) 2011-Keputusan Futsal 1Belia1Malaysia (1) 2011-Keputusan Pertandingan Menembak (1) 2011-Kuala Lumpur (1) 2011-LHDNM Ulang Tahun Ke-15 (1) 2011-Menembak (1) 2011-Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MKSHDNM (1) 2011-Penganjuran Aktiviti Skuasy Dan Bola Kerajang (1) 2011-Penghargaan (1) 2011-Pertandingan Menembak (1) 2011-Peserta Menembak (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-1 (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-3 (1) 2011-Selamat Maju jaya (1) 2011-Syabas (1) 2011-Syabas dan Tahniah (1) 2011-Team Futsal HASILKLSC Cemerlang (1) 2011-Ucapan Tahniah (1) Ucapan Tahniah YBhg Tan Sri (1) Wira HASiL Berjaya Menawan Puncak Tertinggi Asia Tenggara (1) XPDC GUNUNG KINABALU LHDNM 2012 (1)