Wednesday, December 29, 2010

HASILKLSC Turut Serta Persahabatan Bola Sepak Tiga Penjuru



HASILKLSC akan turut serta dalam perlawanan bola sepak persahabatan tiga penjuru veteran bersama Pasukan Veteran UKM dan Pasukan Veteran Bandar Baru Bangi. Perlawanan persahabatan ini meruapakan julung kali diadakan bagi mengeratkan silaturahim ketiga-ketiga pasukan.

Perlawanan akan diadakan pada ketetepana berikut;

  • Tarikh: 30 Disember 2010 (Khamis)
  • Masa: 8.00 Malam
  • Venue: Stadium UKM, Bangi

Presiden HASILKLSC akan mengetuai pasukan berama-sama pemain berpengalaman seperti Raja Kamarulzaman Raja Musa, Sani Mohd Taib, Muhamad Mustafa Said, Razali Yaacob, Md Akib Attan, Ahmad Kassim Ismail, Mohs Isa Serat, Zairi Sabtu, Balan Krishnan, Yahya Hasan, Zainudin Jamil dan Abd Aziz Mohd Salleh. Turut serta Mohd Asri Mohd, Nor Azam Mohamad, Zukhaire Zulkifli, Shahrulniza Abdul Rahman, Harris Ahmad Rosli, Nor Azman Sharif, Shamsul Zahuri Johari, Noor Hazizi Talib dan Roslee Mohd Nor.

Konvenor Bola Sepak Kelab, Muhamad Putra Jaafar.... 'Perlawanan persahabatan ini bagi menyediakan Pasukan Bola Sepak Veteran Kelab bagi menghadapi kejohanan akan datang, disamping menjalin persahabatan antara ketiga-ketiga pasukan'. Adalah diharapkan bahawa perlawanan ini dapat memberikan pendedahan terbaik kepada pasukan. Warga Hasil yang ada kelapangan masa dapat hadir menyaksikan perlawanan yang dijangka menarik.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

Setiausaha Kehormat
HASILKLSC

Saturday, December 11, 2010

KEJOHANAN MENEMBAK PEMBUKA TIRAI SUKAN 2011





Kejohanan Menembak Hasil KL2011 dijangka akan diadakan pada;

  • Tarikh: 22 Januari 2011 (Sabtu)
  • Masa: Mulai jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang
  • Venue: Lapang Sasar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jln Semarak

Terbuka untuk warga Hasil sekitar Lembah Kelang, Perak, Selangor & Negeri Sembilan.

SYARAT UMUM, KATEGORI PENYERTAAN DAN ACARA

  • Terbuka kepada semua warga LHDNM yang pernah menjalani latihan menembak sekurang-kurangnya sekali latihan.
  • Kategori Lelaki/Wanita Individu / Berkumpulan
  • Kategori VIP Individu / Berkumpulan
  • Kategori Terbuka
  • Tembak Precision (20 meter)
  • Tembak Precision (25 meter)
  • Tembak Rapid-Fire
  • Tembak Piring Besi

YURAN PENYERTAAN

  • Ahli Kelab RM65.00
  • Bukan Ahli RM80.00

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

  • 31 Disember 2010 (Jumaat)
  • Borang Penyertaan & Borang Pelepasan Risiko bersama Yuran Penyertaan hendaklah sampai kepada Urusetia Kejohanan pada atau sebelum tarikh di atas.

JKUASA PERTANDINGAN

Penasihat : Encik Mohd Nizom Bin Sairi
Penasihat II : Encik Sohaimi Bin Sabri
Pengerusi : Encik Eyu Leong Boon (Tel. +03-62091000 Samb 31592)
Pengurus Sukan : Encik Nor Azam Bin Mohamad
Bendahari : Encik Shaharrudy Bin Othman
Urusetia Pertandingan : Encik Razak Bin Che Abdul Rahman (Tel. +03-62091000 Samb 34271)

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

Setiausaha Kehormat
HASILKLSC

Saturday, December 4, 2010

FIVE YAT UNITED JUARA 7-A SIDE HASIL 2010

KEPUTUSAN KEJOHANAN




Perlawanan Peringkat Kumpulan

  • CKLB (0) Vs TEAM PANDAN (0)
  • JTM I (1) Vs FIVE YAT UNITED (2)
  • BEN 10 RETURN (1) Vs APM STIKERS (0)
  • JCK (2) Vs JTM II (0)
  • CKLB (0) Vs JTM I (1)
  • TEAM PANDAN (1) Vs FIVE YAT UNITED (2)
  • APM STIKERS (2) Vs JCK (0)
  • BEN 10 RETURN (3) Vs JTM II (0)
  • CKLB (3) Vs FIVE YAT UNITED (0)
  • TEAM PANDAN (0) Vs JTM I (2)
  • BEN TEN RETURN (1) Vs JCK (0)
  • APM STIKERS (2) Vs JTM II (0)

Separuh Akhir

  • JTM I (3) Vs APM STIKERS (1)
  • BEN 10 RETURN (0) FIVE YAT UNITED (1)

Ke 3 & 4

  • APM STIKERS (0) Vs BEN10 RETURN (1)

Final

  • FIVE YAT UNITED (2) Vs JTM I (0)

Aturcara

  • 08.30 pagi - Taklimat Kejohanan
  • 09.30 pagi - Kejohanan bermula
  • 02.00 ptg - REHAT
  • 02.30 ptg - Separuh Akhir
  • 03.15 ptg - Ke 3 & 4
  • 03.35 ptg - FINAL
  • 04.00 ptg - Penyampaian Hadiah

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

Hoki 7-Sepasukan - Jadual Perlawanan



KEJOHANAN HOKI 7-SEPASUKAN 2010

Tarikh: 4 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Venue: Stadium Hoki Kuala Lumpur Pantai

Kejohanan di bahagi kepada dua pasukan seperti berikut;

PASUKAN LHDNM

  • A CKLB
  • B TEAM PANDAN
  • C JTM - I
  • D FIVE YAT UNITED

PASUKAN HASIL

  • E BEN 10
  • F APM STICKERS
  • G JCK
  • H JTM - II
JADUAL PERLAWANAN
  1. CKLB Vs TEAM PANDAN - 9.30 pagi
  2. JTM I Vs FIVE YAT UNITED - 9.50 pagi
  3. BEN 10 Vs APM STICERS - 10.10 pagi
  4. JCK Vs JTM II - 10.30 pagi
  5. CKLB Vs JTM I - 10.50 pagi
  6. TEAM PANDAN Vs FIVE YAT UNITED - 11.10 pagi
  7. APM STICKERS Vs JCK - 11.30 pagi
  8. BEN 10 Vs JTM II - 11.50 pagi
  9. CKLB Vs FIVE YAT UNITED - 12.10 tgh
  10. TEAM PANDAN Vs JTM I - 12.30 tgh
  11. BEN 10 Vs JCK - 12.50 tgh
  12. APM STICKERS Vs JTM II - 01.10 ptg
  13. SEPARUH AKHIR 1 - 02.30 ptg
  14. SEPARUH AKHIR 2 - 03.50 ptg
  15. KE - 3 & 4 - 03.15 ptg
  16. AKHIR - 03.35 ptg
ATURCARA
Talimat Kejohanan - 08.30 pagi
Pertandingan Peringkat Kumpulan - 09.30 pagi
Rehat - 02.00 ptg
Pertandingan Peringkat Akhir - 02.30 petang
Penyampaian Hadiah - 04.00 petang
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

HASILKLSC












Monday, November 29, 2010

PEMAIN LAWN BOWL HASIL MENYERLAH DI PARALIMPIARD 2010 MELAKA



SYABAS DAN TAHNIAH....Noor Azalan Abu Hanipah dan Hasnah Pie meneruskan kecemerlangan dalam acara boling padang di Paralimpiard Ke-15, Melaka. Mereka terpilih mewakili Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Pegawai Pengiring kepada pemain OKU Penglihatan di bawah kategori Single (L) dan Pairs (W).

Mereka masing-masing telah membantu pemain untuk memenangi Pingat Gangsa kategori Single (L) dan Pingat Perak kategori Pairs (W).
MAKLUMAT MENGENAI PEGAWAI PENGIRING
Pegawai Pengiring adalah perkara utama bagi melaksanakan kejohanan Paralimpiard. Tugas mereka adalah memberikan arahan kepada pemain bagaimana untuk membuat balingan, jarak bowls daripada jack, jarak jack daripada matt serta kedudukan bowl lawan. Dengan penuh kesabaran dan tanggung jawab mereka memberikan arahan kepada pemain untuk melaksanakan lontaran bowl seterusnya menentukan kemenangan. Ini bermakna corak permainan dan strategi adaah di atas kebijaksanaan Pegawai pengiring.

Kelab mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Lawn Bowl Kuala Lumpur kerana memberikan kepercayaan dengan memilih ahli Kelab ini bagi menjalankan tugas dan tanggung jawab tersebut.

Setiausaha Kehormat
hasilklsc@yahoo.com


Sunday, November 28, 2010

KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK 7-SEPASUKAN HASIL 2010



UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH

APM, Bangi 27 November 2010. Sejumlah 12 pasukan mengambil bahagian dalam Liga Bola Sepak 7-Sepasukan Hasil 2010 yang berlangsung di Padang Bola Sepak APM, Bangi. Sambutan ahli untuk menyertai kejohanan ini sangat menggalakkan, memandangkan acara bola sepak merupakan sukan popular di dunia ketika ini.

Liga di bahagi kepada 3 kumpulan;

Kumpulan A
  • ABULANI FC *
  • WISMA HASIL A
  • APM B *
  • CHERAS FC *

Kumpulan B

  • WISMA HASIL B
  • APM A
  • PRO CENTRE *
  • KUNTUM FC *

Kumpulan C

  • ADOKU-K-SAH
  • TEAM NR *
  • CKLB FC *
  • GAMEBANGS FC *
Pasukan * mara ke Suku Akhir. Di perinkat Separuh Akhir Kuntum FC menewaskan Gamebangs FC (3 - 1) manakala CKLB FC menang ke atas Cheras FC menerusi tendangan penalti (3 - 2). Faktor cuaca menyebabkan pasukan finalis mengambil keputusan untuk tendangan penalti bagi menentukan juara.

Keputusan Kuntum FC telah menewaskan CKLB FC (3 - 2)

Pengarah APM yang juga Presiden HASILKLFC Encik Mohd Nizom Sairi telah hadir menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan. Turut hadir Naib Presiden HASILKLSC Encik Sohaimi Sabri, Setiausaha Kehormat dan Pengurus Sukan selaku Pengerusi Kejohanan. Tinjauan ahli menyatakan bahawa kejohanan ini diharap akan dapat diadakan setiap tahun disamping Liga Hasil.

Presiden HASILKLSC mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang menang dan yang tidak berjaya berusaha untuk kejohanan akan datang. Disamping itu beliau pula menyatakan bahawa kejohanan ini akan diberi nilai tambah di masa hadapan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"


Setiausaha Kehormat
HASILKLSC
hasilklsc@yahoo.com

Wednesday, November 24, 2010

KEPUTUSAN SUKAN MAKSWIP OKTOBER 2010

Pasukan HASILKLSC terus memberikan cabaran di kejohanan MAKSWIP. Berikut adalah keputusan acara-acara yang disertai oleh HASILKLSC;
  • KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ANTARA REGU MAKSWIP 2010
    9-10 OKTOBER 2010
    (DEWAN TERTUTUP TITIWANGSA, KL)

    Keputusan - SUKU AKHIR:

    LHDN A kk PUTRAJAYA A (0-2)
    LHDN B kk DBKL (0-2)

    Nota: Che Kamaruzaman Yusof terpilih mewakili MAKSWIP ke Kejohanan MAKSAK
  • KEJOHANAN TENPIN BOWLING MAKSWIP 2010
    8-10 OKTOBER 2010
    (ENDAH PARADE SRI PETALING)

    Keputusan - Individu (L) :
    Wan Zuwar Wan Zain (Tempat ke-5 )

    Nota: Wan Zuwar Wan Zain dan Dzarul Ekhwan Emran terpilih mewakili MAKSWIP ke Kejohanan MAKSAK

  • KEJOHANAN FUTSAL LELAKI & WANITA MAKSWIP 2010
    21-22 OKTOBER 2010
    (AMPANG SPORTS PLANET)

    Keputusan -
    LELAKI

    LHDN A kk KWSP (0-1) SEPARUH AKHIR
    LHDN B kk kakep (0-2) PUSINGAN KE-2

    WANITA

    LHDN kk PPUM (0-2) SUKU AKHIR

    Nota : Mohamad Hafiz Abd Aziz dan Mee @ Rafidah Zaman terpilih mewakili MAKSWIP ke Kejohanan MAKSAK
  • KEJOHANAN PING PONG BERPASUKAN MAKSWIP 2010
    30-31 OKTOBER 2010
    (STD BADMINTON CHERAS)

    Keputusan -
    LELAKI

    LHDN A kandas di peringkat kumpulan
    LHDN B kandas di peringkat kumpulan
    LHDN C kk HUKM (0-3) SUKU AKHIR

    WANITA

    Perseorangan – kandas di separuh akhir (Nor Fadzilah Abu)
    Bergu – kandas di separuh akhir (Nor Fadzila Abu & Norhasliza Sulaiman)

    Nota : Juhari Bahar dan Nor Fadzilah Abu terpilih mewakili MAKSWIP ke kejohanan MAKSAK

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

Laporan;
Pengurus Sukan
HASILKLSC
hasilklsc@yahoo.com

Tuesday, November 23, 2010

Pasukan HASILKLSC Juara Liga MAKSWIP 2010




Syabas dan Tahniah Team HASILKLSC. Hasil usaha gigih tidak mengenal putus asa, anggota team berikut patut diberikan pujian;
  • Wan Zulkifli Wan Ali Pengurus Pasukan
  • Nor Azam Mohamad Pengurus Sukan Kelab
  • Pasukan A;

    Wan Zulkifli Wan Ali
    Wan Zuwar Wan Zain *
    Izrul Syahrul Zulkifli
    Mohammed Izran Umar
    Dzarul Ekhwan Emran *
    Abdul Aziz Salleh
  • Pasukan B

    Kasmawi Kamis
    Zamani Ismail
    Mohd Zuhairil Mohd Zubir
    Muhammad Khairi Hashim
    Shamsul Zahuri Johari
    Tengku Ekhzara Putra Tengku Zainol Rashid
    Asmanie Halim
    Siri Rohaya Ramli
Hasil kejayaan tersebut dua pemain HASILKLSC telah terpilih mewakili Pasukan WP Kuala Lumpur e kejohanan MAKSAK DI Johor Bahru pada 9 - 12 Disember 2010.


Pasukan menerima Piala Pusingan Yang Dipertua MAKSWIP dan hadiah iringan.

Tahniah.





"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"






Laporan;
Setiausaha Kehormat
HASILKLSC
hasilklsc@yahoo.com

PERAK SUUNTO ROGAINING NAVIGATION QUEST 2010


CEMERLANG, SUUNTO TAIPING PERAK 25 APRIL 2010


Team Ekstrem HASILKLSC akan menyertai Kejohanan Perak Suunto 6h-12h Rogaining Navigation Quest 2010 Teluk Intan - Langkap yang akan berlangsung pada 27 hingga 28 November 2010. Pasukan HASILKLSC akan diketui oleh Konvenor Sukan Ekstrem seperti berikut;

  • Mohd Faisol Ahmad (Ketua Pasukan)
  • Zainudin Muhamed
  • Haryatul Yusri Md Yusop
  • Noorrul Waheedah Ahmad Jamaludin
  • Mohd Asri Nekmat
  • Samsidar Abdullah
  • Norazlan Hadi Mohamed
  • Mohamad Fais Shamsudin
  • Mohd Haziq Zahari
  • Azri Nazmi Abu Bakar

Team akan dibahagi kepada 4 pasukan kecil dan akan mencuba ketahap kedudukan terbaik. Penampilan dua ahli sukan ekstrem wanita amat dipuji. Pencapaian di Suunto Taiping April 2010 yang lalu dua Team HasilKLSC menduduki tempat ke-4 & ke-5, satu pencapaian yang membanggakan. Kejayaan pasukan bukan diperolehi dengan cara yang mudah sebaliknya hasil latihan dan komitmen yang tinggi oleh setiap anggota. Ketajaman mental dan keupayaan fizikal digandingkan dengan sikap kerjasama antara mereka dapat menghasilkan keputusan luar jangka.

Kelab mendoakan agar Team HASILKLSC akan mencapai kejayaan cemerlang khususnya kepada Ketua Pasukan, Sdr Mohd Faisol Ahmad. Usaha gigih beliau telah berjaya menambah keanggotaan pasukan bagi penyertaan kali ini. Kejayaan team ini akan mendorong ahli-ahli Kelab lain menyertai sukan ekstrem ini dimasa hadapan.

Aktiviti ekstrem tahun 2011, Kelab di bawah Sukan Ekstrem akan menganjurkan Ekpedisi Kinabalu 2011 dan Grand Prix Joran Laut Dalam selain SUUNTO 2011, ahli-ahli Kelab serta warga Hasil nantikan iklan dalam masa terdekat. Aktiviti sukan ekstrem merupakan sukan pilihan ahli disamping acara sukan sedia ada.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

Setiausaha Kehormat
HASILKLSC
hasilklsc@yahoo.com

Saturday, November 20, 2010

KEJOHANAN HOKI 7 SEPASUKAN HASIL 2010

Juara Sesi 2008/2009...

Sebahagian aksi peringkat kumpulan...

Warga Hasil dijemput mengambil bahagian dalam Kejohanan Hoki 7 Sepasukan Hasil 2010 pada;

  • Tarikh: 4 Disember 2010 (Sabtu)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Venue: Stadium Hoki Kuala Lumpur, Jalan Lembah Pantai KL


MATLAMAT KEJOHANAN

  • Membudayakan aktiviti sukan dikalangan warga Hasil
  • Memperkenalkan pemainan hoki baru mengikut peraturan hoki antarabangsa (IHF)
  • Mengeratkan silatulrahim di kalangan ahli-ahli Kelab
  • Mencari pemain berbakat untuk mewakili Pasukan Hoki Hasil
  • Meramaikan komuniti Kelab
PENDAFTARAN DAN CARA KEJOHANAN

  • Berdasarkan jumlah pasukan bertanding
  • Mendaftar hanya 10 orang pemain termasuk dua orang Pemain Berdaftar (rujuk Perengga 6) danseorang Pengurus Pasukan
  • Hantar Borang Penyertaan terus kepada Urusetia Penganjur atau Wakil Kelab Jab/Bhg/Caw
  • Keputusan Mesyuarat Pengurus Pasukan diambil kira

PERATURAN KEJOHANAN


  • Mengikut Undang-undang Hoki Antarabangsa / International Hockey Federation (IHF)

PENGADIL

  • Pengadil hoki bertauliah Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL)

YURAN PENDAFTARAN

  • RM100.00 sepasukan.

PERHATIAN

  • Terbuka kepada ahli Kelab baru dan lama
  • Mengalu-alukan penyertaan warga Hasil pada masa yang masa menjadi ahli Kelab
  • Status Pemain Berdaftar diputuskan oleh AJK Penganjur
  • Pemain mestilah memakai peralatan permainan hoki khususnya kasut turf. Kasut bertumit dan kasut bola sepak dilarang
  • Pasukan yang bertanding digalakkan memakai jersey serta membawa kayu hoki sendiri
  • Pemain atau penyokong dilarang merokok, makan & minum di kawasan turf
  • Kebersihan adalah tanggung jawab bersama.

PERKARA BERBANGKIT/BANTAHAN SEMASA KEJOHANAN

  • Perkara berbangkit semasa kejohanan akan diputuskan oleh AJK Penganjur dan dan keputusan adalah muktamad

AJK PENGANJUR

  • Penaung
    Encik Mohd Nizom Bin Sairi A.M.N Presiden Kelab
  • Penasihat
    Encik Sohaimi Bin Sabri Naib Presiden Kelab
  • Pengerusi
    Encik Nor Azam Bin Mohamad Pengurus Sukan Kelab
  • Pengarah Kejohanan
    Encik Ali Bin Hj Sulaiman Konvenor Hoki
  • Ahli
    Encik Arimi Bin Abd Halim
    Encik Aliff Ariffin Bin Daud
    Encik Mohd Asri Bin Mohd
"Selamat Bertanding dan utamakan Semangat Kesukanan Tinggi"

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
“KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM”


Setiausaha Kehormat
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
hasilklsc@yahoo.com

Friday, November 19, 2010

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah & Tenis Terbuka Hasil 2010

Warga Hasil dialu-alukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah & Tenis Terbuka Hasil 2010;


  • Tarikh: 27 November 2010 (Sabtu)
  • Masa: 8.00 pagi hingga 7.00 petang
  • Tempat: Akademi Percukaian Malaysia (APM)

A. BOLA SEPAK

SYARAT UMUM PENYERTAAN

  • Terbuka kepada ahli lama dan baru Kelab dan juga ahli-ahli kelab di bawah gabungan Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia
  • Setiap pasukan perlu mendaftar seramai 12 orang pemain termasuk 2 orang Pemain Berdaftar* dan seorang Pengurus Pasukan.
  • Pemain Berdaftar adalah yang pernah mewakili LHDNM ke Pesta Sukan Kementerian Kewangan 2010 dalam acara bolasepak.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

  • ·19 November 2010

PENDAFTARAN

  • Kemukakan Borang Pendaftaran bersama yuran penyertaan kepada Wakil Kelab Jab/Bhg/Caw atau terus kepada Urusetia Penganjur.
  • Nyatakan status setiap pemain (Ahli Kelab / Pemain Berdaftar)

B. TENIS


SYARAT UMUM PENYERTAAN

  • Terbuka kepada ahli lama dan baru Kelab atau ahli-ahli kelab gabungan Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia.
  • Kategori acara yang akan dipertandingkan;
    Ø Perseorangan Lelaki (Terbuka)
    Ø Bergu Lelaki (Terbuka)
    Ø Bergu Lelaki Veteran/ VIP (umur 40 tahun ke atas pada 1 Januari 2011 atau gred 6 ke atas)
    Ø Perseorangan Wanita Terbuka
  • Setiap pemain hanya boleh mendaftar bagi satu (1) kategori sahaja.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

  • 22 November 2010

PENDAFTARAN

  • Kemukakan Borang Pendaftaran bersama yuran penyertaan kepada Wakil Kelab Jab/Bhg/Caw atau terus kepada Urusetia Penganjur.

AJK PENGANJUR

  • Penaung
    Encik Mohd Nizom Bin Sairi A.M.N. Presiden Kelab
  • Penasihat
    Encik Sohaimi Bin Sabri Naib Presiden Kelab
  • Pengerusi
    Encik Nor Azam Bin Mohamad Pengurus Sukan Kelab
  • Ahli
  • Bola Sepak:
    Encik Mohamad Putra Bin Jaafar Konvenor Bola Sepak
    Encik Shaiful Rizal Bin Zakaria
    Encik Ahmad Nurul Lail Bin Mohamad Salleh
    Encik W Sayrulazmee Bin W Salahuddin
    Cik Ismalina Binti Mohd Isa
  • Tenis:
    Encik Mohamad Shahrul Mohamad Padely Konvenor Tenis

"Selamat Bertanding dalam Semangat Kesukanan Tinggi"

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

Setiausaha Kehormat
Kelab Kebajikan dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
Seti
ausaha Kehormat
hasilklsc@yahoo.com.my

Tuesday, October 5, 2010

MAJLIS PERPISAHAN TUAN BENDAHARI KEHORMAT



JASAMU DIKENANG

FELDA VILLA, Kuala Lumpur 29 September 2010...
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Bendahari Kehormat di atas kenaikan pangkat sebagai Pengarah Cawangan Kangar mulai 1 Oktober 2010 yang lalu.

Kenaikan pangkat Encik Wan Mustafa Husin merupakan pengiktirafan kepada aktivis sukan Hasil KL dan warga Kelab keseluruhannya. Tugas selaku Timbalan Pengarah Cawangan Wangsa Maju sememangnya amat ketat, namun tugas kewangan Kelab tidak diambil ringan, keperluan kewangan bagi setiap aktiviti Kelab yang diluluskan diberi keutamaan termasuk perihal kebajikan. Beliau juga mengutamakan aktiviti Kelab diberi nilai tambah, agar ia dapat menarik minat warga Hasil KL menjadi ahli Kelab.
Mengenai aktiviti sukan kegemaranya, beliau amat sinonim dikalangan rakan-rakan Kelab sebagai 'Encik Wan & Golf', memang sukan nombor satu Encik Wan Mustafa disamping sukan tenis. Pernah mewakili Psukan Hasil dan Kelab di beberapa siri kejohanan.

Bagi memperingati jasa-jasa beliau bersama Kelab majlis 'Jasamu Dikenang' telah diadakan di Felda Villa, Kuala Lumpur, dihadiri oleh hampir semua Ahli Jawatankuasa Kerja Kelab dan beberapa orang tetamu. Hadir sama Presiden Kelab, Encik Mohd Nizom Bin Sairi serta dua Naib Presiden, Setiausaha Kehormat, Pen. Setiausaha kehormat dan Pengurus Sukan. Dalam ucapan terima kasih, Presiden Kelab meluahkan rasa bangga di atas pengiktirafan Pengurusan LHDNM kepada aktivitis sukan diberi tanggung jawab besar di peringkat pengurusan. Manakala dalam ucapan balas Encik Wan, beliau amat berterima kasih di atas ingatan dengan mengadakan majlis perpisahan beliau dan berharap satu hari nanti bila kembali ke Kuala Lumpur beliau akan tetap bersama Kelab.

Dalam majlis yang sama Encik Shahahrrudy Othman yang juga Pen. Setiausaha Kehormat telah menerima tugas dari mantan Bendahari Kehormat setelah beliau dilantik sebagai Bendahari Kehormat.

Mantan Bendahari Kehormat bersama Presiden dan tetamu..


Satu tanggung jawab besar....En. Shaharrudy Othman
Laporan;
Setiausa Kehormat
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur

Wednesday, July 14, 2010

PESTA SUKAN KEMENTERIAN KEWANGAN KE-36



Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-36 kelolaan Bank Negara Malaysia sedang berlangsung mulai 14 hingga 18 Julai 2010. Sembilan acara dipertandingkan iaitu;

  • Ten-pin Bowling (KL Megalanes, Endah Parade Seri Petaling)
  • Bola Tampar Wanita (Pusat Sukan Universiti Malaya)
  • Catur (Kompleks Wilayah, Jln Dang Wangi)
  • Futsal Lelaki Veteran (Ampang Spot Planet)
  • Futsal Wanita (Ampang Spot Planet)
  • Badminton (Stadium Titiwangsa)
  • Bola Sepak (Padang Bola Sepak Universiti Malaya & Stadium Raja Muda)
  • Dart (Dewan Komenwel, MSN)
  • Olaraga (Stadium Maybank, Bangi)

Semua acara dijadualkan pada 14 - 16 Julai 2010 keluali acara Olahraga pada 17 - 18 Julai 2010.

Ucapan syabas kepada semua peserta yang terpilih mewakili Pasukan Hasil khususnya dari ahli-ahli Kelab ini dan diharapkan dapat bertanding dalam semangat kesukanan yang tinggi serta memperoleh kejayaan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

Setiausaha Kehormat
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
e.mel:hasilklsc@yahoo.com

Thursday, July 8, 2010

Ulasan Final Liga Hasil KL2010



Boyz United muncul juara
Oleh Zulkifli Kamaludin
Tel (P) : 03-6209100 ext 33893
e.Mel :
zulkifli.k@hasil.gov.my

SELAYANG – Boyz United mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pungutan United dan sekaligus merangkul kejuaraan Liga Bola Sepak Hasil (T) KL 2010. Perlawanan akhir ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu khas iaitu Pengarah Negeri WP Kuala Lumpur En. Sabin Samitah, Pengarah APM merangkap Presiden Kelab En. Mohd Nizom Sairi, Pengarah Cawangan Pungutan En. Sezali Othman dan Pengarah Cawangan Jalan Duta En. Hassim Shafiai.

Pungutan United yang beraksi buat kali pertama di Stadium MPS Selayang, langsung tidak menunjukkan rasa ‘kekok’, buktinya pada babak awal perlawanan menyaksikan Pungutan United mula melancarkan beberapa ancaman berbahaya ke arah kubu Boyz United dengan harapan mencari jaringan awal namun pemain pertahanan Boyz United segera menutup ruang yang ada. Aksi bersambung, Boyz United mendapat peluang melalui sepakan percuma tetapi bola sepakan Amran Razali hanya mengenai tepi gawang gol.

Pungutan United kembali mendominasi permainan sehinggakan pemain Boyz United menjatuhkan pemain lawan dan dihadiahkan sepakan percuma. Faizul Azizi Mohd Faiz tampil melepaskan rembatan percuma namun penjaga gol Boyz United, Johnny Warnela Jaswar berjaya menepis keluar bola itu.

Kelumpuhan bahagian tengah Boyz United menyebabkan mereka mula mengamalkan corak hantaran jauh untuk menembusi benteng Pungutan United. Saiful Hisyam Zainal Abidin memperolehi hantaran jauh yang cantik tetapi dapat dipintas oleh Muhammad Shazni Shuib yang mengeluarkan bola itu dari kawasan bahaya. Selepas itu, kedua-dua pasukan memperolehi sepakan percuma namun masih gagal menewaskan penjaga gawang pihak lawan. Tidak lama kemudian, Boyz United bangkit daripada satu serangan balas, Mohd Firdauz Mohd Lazim melorongkan bola untuk Saiful Hisyam Zainal Abidin tetapi dia hanya menyepak lemah bola itu dan dapat diselamatkan oleh penjaga gol Pungutan United, Roslee Md Noor.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mula menukar pemain. Gawang gol Pungutan United diancam oleh rembatan Razak Che Abdul Rahman namun dapat ditepis keluar oleh Roslee Md Noor. Beberapa minit kemudian, Pungutan kembali mengatur asakan ke gawang gol Boyz United namun tandukan Muhammad Noor Zamir Nurani sedikit terkeluar dari sasaran.

Bayangan kekalahan mula terpancar apabila pemain pertahanan Pungutan United, Muhammad Shazni Shuib dilayangkan kad merah kerana mengasari penyerang lawan. Walaubagaimanapun, Boyz United masih gagal ‘mengepung’ pasukan Pungutan United yang hanya beraksi dengan sepuluh orang pemain.

Beberapa minit kemudian, kesilapan pemain Pungutan United yang menjatuhkan penyerang Boyz United telah mengundang padah membolehkan Boyz United dihadiahkan sepakan penalti. Jaringan penalti daripada Mohd Firdauz Mohd Lazim menggamatkan kem Boyz United dan penyokong mereka. Seminit kemudian, perlawanan ditamatkan dan sorakan kegembiraan pasukan Boyz United terus bergema sambil diberi tepukan oleh para penonton.

Kekalahan Pungutan United ini mengulangi episod kecewa mereka tahun lalu apabila turut tewas di perlawanan akhir kepada pasukan Pro Centre FC. Bagi Boyz United, mereka berjaya mencatat dua kejuaraan, kali terakhir pada musim 2006/2007. Boyz United selaku johan kali ini menerima piala pusingan, wang tunai berjumlah RM500, medal dan cenderahati manakala Pungutan United menerima wang tunai RM250, medal dan cenderahati. Tempat ketiga menjadi milik JTM FC dan keempat adalah Lemak FC.

Anugerah Khas;


  • Penjaring Terbanyak
    Mohd Firdauz Mohd Lazim
  • Pemain Terbaik
    Ab Halim Ayop
  • Penjaga Gol Terbaik
    Roslee Md Noor

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN HASIL DALAM NEGERI KUALA LUMPUR

Wednesday, July 7, 2010

Kejohanan Bola Tampar Inter Cawangan Hasil KL2010



KEJOHANAN BOLA TAMPAR INTER CAWANGAN HASIL KL2010



Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur mengalu-alukan semua peserta yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Inter Cawangan Hasil KL2010 yang akan berlangsung pada 10 Julai 2010 (Sabtu) di Pusat Sukan Universiti Malaya.

2. Matlamat kejohanan adalah bagi melahirkan bakat-bakat baru pemain bola tampar yang boleh mewakili Kelab mahupun Organisasi di masa hadapan. Kejohanan ini juga merupakan salah satu aktiviti sukan tahunan Kelab disamping acara-acara lain.

3. Pasukan yang mengambil bahagian;

  • A1-W. Hasil
  • B1-Pungutan B
  • C1-Pungutan A
  • D1-PSM
  • A2-NR
  • B2-JPPM
  • C2-Cheras
  • D2-Jln Duta A
  • A3-JOC
  • B3-P.Indah A
  • C3-KL Bandar
  • D3-P.Indah B
  • A4-Jln Duta B
  • B4-JCK
  • C4-W. Maju

4. Keterangan lanjut mengenai kejohanan, sila 'klik' lampiran atau hubungi;

  • Pengurus Sukan Kelab;
    Encik Nor Azam Mohamad
norazam.mohamad@hasil.gov.my
  • Penolong Setiausaha Kehormat Kelab;
    Encik Shaharrudy Othman
    shaharrudy@hasil.gov.my
  • Konvenor Bola Tampar Kelab;
    Encik Mohamad Fairuz Mat Ali
    mohamadfairuz@hasil.gov.my
  • AJK Pengelola;
    Encik Noor Azlan Madel
    noorazlan@hasil.gov.my

  • 5. Warga Hasil serta peminat sukan Bola Tampar dijemput hadir menyaksikan kejohanan tersebut.
    "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
    "KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN HASiL"

    SETIAUSAHA KEHORMAT
    Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur

    www.hasilklsc.blogspot.com
    eMail: hasilklsckl@yahoo.com


    Tuesday, May 11, 2010

    TAHNIAH : RENTAP FUTSAL PUTRAJAYA 2010





    Kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2010 ;
    • Tarikh : 14 - 16 Mei 2010
    • Masa : 8.00 pagi - 11.00 malam
    • Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya

    Kejohanan bersempena Hari Belia Negara 2010 yang bertemakan 'Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara' dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Akhbar Kosmo sebagai pelaksana kejohanan. Kejohanan terbesar futsal ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

    Hasil usaha gigih Pasukan Hasil yang diketuai oleh Naib Presiden Kelab, Encik Sohaimi Sabri selaku Pengurus Pasukan telah berjaya hingga menjuarai Peringkat Kumpulan dan meneruskan perlawanan hingga ke Pusingan Ke-4.

    Kelab mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua anggota pasukan di atas kejayaan tersebut.


    Setiausaha Kehormat
    Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur

    Friday, April 2, 2010

    TOKOH-TOKOH SUKAN 2008/2009






    TOKOH KEPIMPINAN SUKAN 2008/2009
    Tuan Hj.Mohd Idris Bin Mamat





    TOKOH SUKAN 2008/2009
    Encik Sani Bin Mohd Taib











    TOKOH PENGURUSAN SUKAN 2008/2009
    Encik Zamri Bin IDRIS

    Sunday, March 28, 2010

    MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA




    Bangi, 30 Mac 2010, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia merangkap Presiden Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur Encik Mohd Nizom Bin Sairi hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kelab Bil.2/2010 bertempat di Bilik Persidang, APM
    Turut hadir Naib Presiden I Encik Zamani Bin Ismail, Bendahari Kehormat Encik Wan Mustafa Bin Husin dan Ahli Jawatankuasa Kerja termasuk Wakil-wakil Kelab dari Jabatan Pemprosesan Maklumat, Jabatan/Bahagian Ibu Pejabat, Jabatan Cukai Korporat, Cawangan Pungutan, Cawangan Jalan Duta, Cawangan Tidak Bermastautin, Cawangan Siasatan Kuala Lumpur, Cawangan Kuala Lumpur Bandar, Cawangan Cheras, Cawangan Wangsa Maju dan Akademi Percukaian Malaysia APM).

    Perutusan Presiden;

    Beliau amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh setiap AJK yang diterjemahkan melalui penganjuran aktiviti sukan mahupun aktiviti kebajikan. Beliau amat berharap mesyuarat seumpamanya dapat juga diadakan di cawangan-cawangan lain dimasa hadapan. Beliau juga amat yakin sekiranya aktiviti dapat dipelbagaikan, Kelab juga akan dapat menarik lebih ramai warga Hasil menjadi ahli.

    Laporan Aktiviti;

    Mesyuarat tersebut telah menerima laporan aktiviti oleh Setiausaha Kehormat dengan beberapa pindaan. Sepanjang dua setengah bulan yang lalu dimana beberapa aktiviti telah dapat dilaksanakankan khususnya membentuk pasukan kekejohanan MAKSWIP seperti berikut;

    • Liga Tenpin Bowling MAKSWIP
    • Kejohanan Badminton Berpasukan dan Individu MAKSWIP
    • Pemilihan Bola Sepak Veteran MAKSWIP
    • Karnival Futsal Terbuka Hasil KL2010
    • Program Jatidiri Siri 1
    • Liga Bola Sepak Hasil 2010
    • Kejohanan Tenpin Bowling Pasukan MAKSWIP di Melaka
    • Kejohanan bola Jaring MAKSWIP

    Keputusan Terbaik Pasukan Kelab di Kejohanan MAKSWIP;

    • Badminton - Peringkat Kumpulan
    • Tenpin Bowling (Melaka) - Johan
    • Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir

    Mesyuarat Kelab;

    • Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Bil.1/2010 - pada 21 Januari 2010
    • Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil.1/2010 - pada 5 Februari 2010
    • Mesyuarat Jawatankuasa Sukan Bil.1/2010 - pada 18 Februari 2010
    • Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Bil.2/2010 - pada 24 Mac 2010

    Keahlian Kelab;

    • Sejumlah seribu seratus ahli berdaftar. Dua puloh lapan mohon menjadi ahli

    Laporan Bendahari Kehormat;

    • Mesyuarat dimaklumkan bahawa Laporan Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2009 dengan rasminya telah diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira.

    Agenda Hal-hal lain;

    • Mesyuarat telah dapat berbincang dan memperhalusi rangka kerja persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Hasil (MAKESH) KL2010. MAKESH akan berlangsung pada 3 April 2010 di Dewan Sri Hasil APM.
    • YBhg Dato' KPE telah memberikan persetujuan untuk hadir
    • Presiden telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi pemilihan calon penerima anugerah dan akan diumumkan pada malam tersebut.
    • Bersempena mesyuarat ini, Presiden Kelab telah melancarkan blog rasmi Kelab iaitu http://sukanhasilkl.blogspot.com/ dan berharap ia sentiasa dikemaskini. Bagaimanapun semua AJK perlu memberikan bahan-bahan untuk dipaparkan.

      "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
      "KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"


      Setiausaha Kehormat
      Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
      e.Mel: hasilklsc@yahoo.com.my

    Wednesday, March 24, 2010

    MAKESH KL2010







    Pasukan JPPM Cemerlang
    Penerima
    PIALA KETUA PENGARAH LAC2008-09



    Kelab telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Hasil (MAKESH) KL2010 pada 3 April 2010 bertempat di Dewan Sri Hasil, Akademi Percukaian Malaysia, Bangi. Kehadiran Tetamu Kehormat Y. Bhg. Dato' Hasmah Binti Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bersama suami menyemarakkan lagi majlis tersebut. YBhg. Dato' Siti Mariam Binti Che Ayub, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Pengarah-Pengarah Jabatan, Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pengarah-Pengarah Cawangan, Ahli Majlis Kebajikan Dan Sukan HAsil Dalam Negeri Malaysia turut memeriahkan MAKESH KL2010 kali kedua diadakan.

    Tujuan MAKESH KL2010 dianjurkan bagi;

    • Merapatkan hubungan silaturahim dikalangan ahli-ahli Kelab
    • Mengeratkan persahabatan dikalangan ahli-ahli Kelab khususnya ahli-ahli sukan
    • Merupakan Acara Kemuncak LAC 2008-2009
    • Penyerahan Piala Pusingan bagi 13 acara sukan LAC2008-2009
    • Penyerahan Anugerah Kecemerlangan Sukan di atas pencapaian tertinggi ahli sukan Kelab
    • Pengumuman dan penyerahan Anugerah Tokoh Sukan, Tokoh Pengurusan Sukan dan Tokoh Kepimpinan Sukan 2008-2009
    • Pengumuman dan penyerahan Piala Presiden
    • Pengumuman dan penyerahan Piala Ketua Pengarah

    Pasukan Jabatan Pemprosesan Maklumat (JPPM) telah dianugerahkan Piala Ketua Pengarah kerana berjaya menjuarai keseluruhan LAC 2008/2009 manakala Piala Presiden dianugerahkan kepada Pasukan Wisma Hasil di atas Semangat Kesukanan Tinggi yang ditunjukkan sepanjang LAC 2008/2009 dianjurkan.

    MAKESH KL2010 juga menganugerahkan Tokoh Kepimpinan Sukan kepada Tuan Hj. Mohd Idris Bin Mamat, Tokoh Sukan kepada Encik Sani Bin Mohd Taib dan Tokoh Pengurusan Sukan kepada Encik Zamri Bin Idris.

    Tujuh penerima Anugerah Kecemerlangan Sukan 2008/2009 adalah dari ahli-ahli sukan yang cemerlangan mewakili Wilayah Persekutuan menerusi MAKSWIP sama ada sebagai pemain atau Jurulatih, iaitu;

    • Encik Azmi Bin Mustafa (Pemain Futsal)
    • Cik Zurinah Binti Salimon (Pemain Batu Seremban)
    • Encik Juhari Bin Bahar (Pemain Ping Pong)
    • Encik Wan Zuwar Bin Wan Zain (Pemain Tenpin Bowling)
    • Encik Dzarul Ekhwan Bin Emran (Pemain Tenpin Bowling)
    • Encik Sufian Bin Ahmad (Jurulatih Tenpin Bowling)
    • Encik Ali Bin Hj. Sulaiman (Jurulatih Remaja Hoki)

    Buat pertama kali Piala Fairplay, Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir diberikan sebagai nilai tambah kepada Piala Pusingan Y.Bhg. Dato' Che Omar Bin A Rahaman dalam acara Bola Sepak. Manakala acara Tenpin Bowling Piala sumbangan Encik Zakaria Bin A Samad menampilkan pemenang Individu High Game, Individu High Series dan Pasukan High Game.

    LAC 2008/2009 telah berjaya menganjurkan kejohanan liga dalam 13 acara berpasukan dan dua acara individu iaitu Catur dan Tenis.

    Sejumlah 240 peserta ahli Kelab yang terdiri dari peserta sukan telah memeriahkan majlis pada malam tersebut dan digamatkan lagi dengan persembahan pentas dari Kumpulan Tarian dari JPPM dan artis-artis Hasil dengan iringan Band Hasil. Tidak ketinggalan persembahan bertenaga dari YBhg. Dato' Hasmah Binti Abdullah yang merupakan hadiah kepada pihak penganjur pada malam tersebut.

    Ahli Kelab yang bernasib baik turut membawa pulang hadiah cabutan bertuah.

    Hasil analisa sepontan ahli Kelab khususnya ahli sukan mahukan majlis tersebut terus diadakan pada masa akan datang.

    "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
    "KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

    Setiausaha Kehormat
    Kelab Kebajikan Dan Sukan HAsil Dalam Negeri Kuala Lumpur
    e.mel:
    hasilklsc@yahoo.com

    Saturday, March 6, 2010

    KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA ZON TENGAH 2010


    Kejohanan Badminton Terbuka Zon Tengah 2010 anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur dengan kerjasama Akademi Percukaian Malaysia (APM), sedang berlangsung mulai hari ini dan esok (6 & 7 Mac 2010) bagi pusingan awal. Manakala pusingan akhir dijangka berlangsung pada 13 Mac 2010.

    Kejohanan kali ini telah menarik lebih dari 30 penyertaan warga Hasil dari Lembah Kelang, Selangor dan Seremban. Pelbagai kategori dipertandingkan termasuk penyertaan dari kategori VIP. Tidak ketinggalan bakat-bakat baru yang sudah pasti bersaing bersama pemain-pemain pilihan untuk kedudukan terbaik.

    Empat kategori dipertandingkan seperti berikut;

    • Bergu VIP (G6 dan ke atas)
    • Bergu Lelaki Terbuka (Pemain seeded)
    • Bergu Lelaki Terbuka (Pemain bukan seeded)
    • Bergu Wanita
    Badminton merupakan salah satu acara sukan anjuran Kelab yang dianggap popular dan mempunyai peminat tersendiri. Senarai pemain pilihan sentiasa bertambah setiap tahun. Usaha yang dimainkan oleh Konvenor Badminton bersama Kelab untuk mencari pemain-pemain pelapis merupakan usaha yang berterusan bagi mewakili Kelab dan organisasi ke kejohanan peringkat lebih tinggi.

    Peminat badminton khususnya warga Hasil adalah dijemput hadir pada tarikh-tarikh, masa dan venue berikut bagi menyaksikan kejohanan;
    • Tarikh : 6, 7 & 13 Mac 2010 (Sabtu & Ahad)
    • Masa : 8:30 pagi hingga 7:00 malam
    • Venue : Dewan Sri Hasil, Akademi Percukaian Malaysia.

    Keterangan lanjut, sila hubungi Urusetia Kejohanan : Encik Yul Aris Hamkasina Md Yusop dan Encik Ismail Saban.

    Setiausaha Kehormat
    Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
    e.mel:
    hasilklsc@yahoo.com / supaatothman@yahoo.com.my

    Saturday, February 27, 2010

    PASUKAN YBHG. DATO' DR. MOHD SHUKOR BIN HJ. MAHFAR JOHAN KATEGORI VIP FUTSAL TERBUKA HASIL 2010








    KARNIVAL FUTSAL TERBUKA HASIL 2010

    Pasukan-pasukan dari Jabatan Pemprosesan Maklumat, Pandan Indah telah mendominasi final Karnival Futsal Terbuka Hasil 2010. Menjadi Johan dan Naib Johan bagi kategori Lelaki Terbuka dan Naib Johan bagi kategori Wanita. Manakala Pasukan YBhg. Dato' Dr. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar telah menjadi Johan bagi kategori VIP mengalahkan Pasukan YBhg. Dato' Dr. Siti Mariam binti Che Ayub.


    Karnival pada tahun ini telah menarik penyertaan sejumlah 21 pasukan kategori Terbuka Lelaki dan 5 pasukan Terbuka Wanita serta 4 pasukan kategori VIP. Hadiah Wang Tunai merupakan daya tarikan selain faktor sukan futsal itu sendiri yang sememangnya popular masakini. Dari analisa penganjur lebih lapan puloh peratus penyertaan adalah golongan muda dan bakal menjadi ahli sukan pelapis Hasil masa hadapan.


    Penyertaan kategori VIP amat membanggakan, penglibatan mereka menjadi pemangkin kepada warga Hasil untuk bergiat lebih aktif dalam sukan. Syabas kepada pasukan yang menang dan pasukan yang tidak berjaya gandakan usaha di karnival/kejohanan akan datang.

    Keputusan penuh adalah seperti berikut;

    Kategori Lelaki Terbuka;
    Pasukan Pro-Centre B Johan
    Pasukan Pro-Centre C Naib Johan
    Pasukan Kuntum FC Ke-3
    Pasukan Pakatan Sukan Ke-4

    Kategori VIP;
    Pasukan YBhg Dato' Dr. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar Johan
    Pasukan YBhg Dato' Dr. Siti Mariam binti Che Ayub Naib Johan
    Pasukan YBhg Dato' Che Omar bin A Rahaman Ke-3
    Pasukan YBerusaha Tn Hj. Shahmin Ta bin Abdullah Ke-4

    Kategori Wanita;
    Pasukan Bolos FC Johan
    Pasukan Pro-Centre B Naib Johan








    Urusetia Karnival bersama
    Setiausaha Kehormat dan Pengurus Sukan Kelab


    Buletin Sukan
    Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
    20 Februari 2010

    Aktiviti Kelab

    2009-Mesyuarat Agung KKSHDNKL Ke 47 (1) 2010-Bola Sepak 7 Dan Tenis (1) 2010-Bola Tampar Inter Cawangan (1) 2010-Bolasepak Veteran (1) 2010-Five Yat United Juara Hoki (1) 2010-HASILKLSC Juara MAKSWIP (1) 2010-Hoki 7 Sepasukan Hasil (1) 2010-Jadual Perlawanan Hoki (1) 2010-Kejohanan Badminton Terbuka (1) 2010-Kejohanan Liga Bowling (1) 2010-Keputusan Karnival Futsal (1) 2010-Keputusan Liga Bola Sepak 7'S (1) 2010-Keputusan Sukan MAKSWIP (1) 2010-Majlis 'JasaMu Dikenang' (1) 2010-MAKESH KL2010 (1) 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (1) 2010-Pemain Lawn Bowl Menyerlah (1) 2010-PERAK SUUNTO R N QUEST (1) 2010-Pesta Sukan Kem Kewangan Ke-36 (1) 2010-Program Pembangunan Jati Diri (1) 2010-Rentap Futsal Putrajaya (1) 2010-Tokoh-Tokoh Sukan 2008/2009 (1) 2010-Ulasan Final Liga Hasil KL (1) 2011-Aturcara Pertandingan Menembak (1) 2011-Bersenamrobik Bersama CEO (1) 2011-Futsal 1Belia1Malaysia 2011 (1) 2011-Golf MAKSWIP (1) 2011-Kejohanan Badminton Terbuka LHDNM (1) 2011-Kejohanan Futsal Terbuka LHDNM 2011 (1) 2011-Keputusan Futsal 1Belia1Malaysia (1) 2011-Keputusan Pertandingan Menembak (1) 2011-Kuala Lumpur (1) 2011-LHDNM Ulang Tahun Ke-15 (1) 2011-Menembak (1) 2011-Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MKSHDNM (1) 2011-Penganjuran Aktiviti Skuasy Dan Bola Kerajang (1) 2011-Penghargaan (1) 2011-Pertandingan Menembak (1) 2011-Peserta Menembak (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-1 (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-3 (1) 2011-Selamat Maju jaya (1) 2011-Syabas (1) 2011-Syabas dan Tahniah (1) 2011-Team Futsal HASILKLSC Cemerlang (1) 2011-Ucapan Tahniah (1) Ucapan Tahniah YBhg Tan Sri (1) Wira HASiL Berjaya Menawan Puncak Tertinggi Asia Tenggara (1) XPDC GUNUNG KINABALU LHDNM 2012 (1)