Kejohanan Badminton Terbuka Zon Tengah 2010 anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur dengan kerjasama Akademi Percukaian Malaysia (APM), sedang berlangsung mulai hari ini dan esok (6 & 7 Mac 2010) bagi pusingan awal. Manakala pusingan akhir dijangka berlangsung pada 13 Mac 2010.
Kejohanan kali ini telah menarik lebih dari 30 penyertaan warga Hasil dari Lembah Kelang, Selangor dan Seremban. Pelbagai kategori dipertandingkan termasuk penyertaan dari kategori VIP. Tidak ketinggalan bakat-bakat baru yang sudah pasti bersaing bersama pemain-pemain pilihan untuk kedudukan terbaik.
Empat kategori dipertandingkan seperti berikut;
- Bergu VIP (G6 dan ke atas)
- Bergu Lelaki Terbuka (Pemain seeded)
- Bergu Lelaki Terbuka (Pemain bukan seeded)
- Bergu Wanita
Badminton merupakan salah satu acara sukan anjuran Kelab yang dianggap popular dan mempunyai peminat tersendiri. Senarai pemain pilihan sentiasa bertambah setiap tahun. Usaha yang dimainkan oleh Konvenor Badminton bersama Kelab untuk mencari pemain-pemain pelapis merupakan usaha yang berterusan bagi mewakili Kelab dan organisasi ke kejohanan peringkat lebih tinggi.
Peminat badminton khususnya warga Hasil adalah dijemput hadir pada tarikh-tarikh, masa dan venue berikut bagi menyaksikan kejohanan;
- Tarikh : 6, 7 & 13 Mac 2010 (Sabtu & Ahad)
- Masa : 8:30 pagi hingga 7:00 malam
- Venue : Dewan Sri Hasil, Akademi Percukaian Malaysia.
Keterangan lanjut, sila hubungi Urusetia Kejohanan : Encik Yul Aris Hamkasina Md Yusop dan Encik Ismail Saban.
Setiausaha Kehormat
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
e.mel: hasilklsc@yahoo.com / supaatothman@yahoo.com.my