29 Mac 2011 - Akademi Percukaian Malaysia:
YBhg Datuk Sabin Samitah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dijangka menerajui Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia (MKSHDNM) pada 31 Mac 2011 mengantikan YBhg Dato' Dr. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia 8 Januari lalu seterusnya tidak mengekalkan jawatan Pengerusi.
Bertepatan kedudukan beliau ketika ini sebagai Naib Pengerusi MKSHDNM, sekiranya tiada pertandingan perlantikan tersebut merupakan satu tradisi peralihan kuasa yang harmoni bagi menjaga lebih dari tiga puloh Kelab kebajikan dan sukan gabungan seluruh Malaysia. Mesyuarat Agung MKSHDNM akan berlangsung pada 31 Mac 2011 bertempat di Akademi Percukaian Malaysia. CEO akan hadir seterusnya memberikan ucap utama dan merasmikan mesyuarat seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Kehormat MKSHDNM.
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur selaku kelab gabungan akan diwakili oleh Setiausaha Kehormat dan beberapa ahli kelab sebagai pemerhati. Mulai 29 Mac 2011. Setiausaha-setiausaha Kehormat kelab gabungan ketika ini telah pun berada di APM bagi menghadiri Kursus Motivasi dan Kecemerlangan Diri sehingga 30 Mac 2011.
YBhg Datuk Sabin Samitah semasa sesi 'Senamrobik Bersama CEO'
MKSHDNM ketika ini diterajui oleh;
- Pengerusi: YBhg. Dato' Dr. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar
- Naib Pengerusi: YBhg. Datuk Sabin bin Samitah
- Ahli Majlis: Encik Abdul Manap bin Dim
- Ahli Majlis: Encik Mahat bin Daud
- Ahli Majlis: Encik Zamri bin Idris
- Setiausaha Kehormat: Encik Zukhaire bin Zulkifli
- Penolong Setiausaha Kehormat: Cik Nuraida Nazmi bin Othman
- Bendahari Kehormat: Encik Ziad bin Abdullah
Kelab mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"
HASILKLSC hasilklsc@yahoo.com