PELANCARAN BERSENAMROBIK BERSAMA CEO
Tarikh: 15 Mac 2011 (Selasa)
Masa: 5.00-6.00 petang
Tempat: Dewan Hasil, Tingkat 16, Blok 9 Jln Duta, KL
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur dengan kerjasama LHDNM telah menganjurkan Program Bersenamrobik Bersama CEO pada setiap Selasa dan Khamis jam 5.00 hingga 6.00 petang bertempat di Dewan Hasil, Blok 9 Jalan Duta, KL. Pelancaran program telah disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia pada 15 Mac 2011 yang lalu. Sejumlah lebih seratus peserta dikalangan warga LHDNM sekitar Jab/Bhg/Caw di Jalan Duta mengambil bahagian. Turut serta Presiden dan Setiausaha Kehormat Kelab Encik Mohd Nizom bin Sairi.
Program Bersenamrobik Bersama CEO dianjurkan khusus untuk warga LHDNM yang tidak berkesempatan bersenam secara rutin dan amat sukar dilaksanakan secara bersendirian. Disamping itu program tersebut akan dapat;
- Mengeratkan silaturahim dikalangan warga LHDNM melalui aktiviti riadah.
- Meningkatkan pengetahuan dalam penjagaan kesihatan menerusi latihan fizikal.
- Mengamalkan hidup sihat
Bagi memastikan program senamrobik dapat dijalankan dengan menarik dan berterusan, tenaga pengajar telah dipilih dari kalangan mereka yang mahir dan bertauliah. Sekiranyanya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, program akan dilaksanakan di peringkat cawangan luar Jalan Duta.
"KESIHATAN MENJANA PRODUKTIVITI"