XPDC Gunung Kinabalu LHDNM 2012
Tarikh : 12 - 16 April 2012
Statistik: 6 Wanita & 2 pasangan suami/isteri dari 38 peserta
Sejumlah 32 peserta LHDNM dan 6 peserta lain XPDC Gunung Kinabalu LHDNM 2012 akan menyahut cabaran misi mengibar Jalur HASiL Gemilang dan bendera HASILKLSC di puncak tertinggi Asia Tenggara bermula 14 April 2012.
XPDC yang diketuai oleh Presiden HASILKLSC YBrs Encik Mohd Nizom Sairi telah mendapat semangat baru apabila YBhg Datuk Sabin Samitah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) hadir di Majlis Penyerahan Jalur HASiL Gemilang & bendera HASILKLSC pada 4 April 2012 yang lalu. YBhg Datuk merangkap Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Malaysia turut menyampaikan cek sumbangan Majlis serta berkenalan dengan sebahagian dari peserta XPDC yang hadir.
Pada Majlis yang sama YBhg Datuk turut memberikan nasihat dan dorongan agar misi ini berjaya memandangkan XPDC ini merupakan kumpulan pertama yang membawa Jalur HASiL Gemilang selepas penjenamaan baru LHDNM setahun yang lalu. Turut hadir, Naib Pengerusi, Setiausaha Kehormat & Ahli Majlis serta Naib Presiden I & II serta Setiausaha Kehormat HASILKLSC.
Sebelum tiba di hari pendakian, peserta akan di bawa melawat Cawangan Kota Kinabalu dan mengunjungi Pengarah Negeri Sabah dan Pengarah Cawangan & CSi Kota Kinabalu pada 13 April 2012 (Jumaat). Ketua XPDC akan menyampaikan Taklimat Ringkas mengenai XPDC sebelum upacara 'Flag-off' oleh Tuan Pengarah Negeri Sabah.
SUPA'AT BIN HJ OTHMAN
Setiausaha KehormatHASILKLSC
e.Mel: hasilklsc@yahoo.com