Ikan-ikan yang terdapat di OPB seperti ikan talang, alu-alu, jenahak dan kerapu di samping tenggiri, gerepoh dan aruan tasik yang kadang-kadang turut menjadi habuan pemancing. Waktu malam pula sambil memancing, pengujung berpeluang mencandat sotong yang gemar bermain cahaya dari rumah api berkenaan.
Bagi pemancing junior, OPB adalah tempat yang sesuai untuk berjinak dengan aktiviti memancing di laut. Selain itu ikan selar, tamban dan cencaru turut digemari kaki pancing. Selain ia dijadikan umpan hidup pilihan, ikan-ikan ini turut popular sebagai ikan hidangan...sumber internet
Justru HASILKLSC akan menganjurkan aktiviti rekreasi hujung minggu khusus kepada ahli kelab yang berminat dalam aktiviti memancing dan photography. Aktiviti dijangka mendapat kerjasama Institut Perikanan Malaysia (IPM) dengan kapal KL Cermin. Aktiviti rekreasi di One Phantom Bank (Permatang Sedepa) merupakan aktiviti pemula khusus kepada pemancing tegar manakala ahli Kelab yang meminati aktiviti photografi juga dijemput turut serta.
Agenda ke One Phantom Bank diadakan pada;
- Tarikh : 19 - 20 April 2011 (Sabtu & Ahad)
- Venue : One Phantom Bank, Port Klang
- Kerjasama : Institut Perikanan Malaysia (IKM)
- Kapal : Jabatan Laut Malaysia
Ahli Kelab yang berminat daftar (Nama Penuh) segera melalui emel atau hubungi urusetia atau response melalui blog ini selewatnya pada 4 April 2011 (Isnin). Tempat adalah terhad 30 pendaftaran pertama terpilih.
e.Mel: hasilklsc@yahoo.com,