Thursday, July 8, 2010

Ulasan Final Liga Hasil KL2010



Boyz United muncul juara
Oleh Zulkifli Kamaludin
Tel (P) : 03-6209100 ext 33893
e.Mel :
zulkifli.k@hasil.gov.my

SELAYANG – Boyz United mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Pungutan United dan sekaligus merangkul kejuaraan Liga Bola Sepak Hasil (T) KL 2010. Perlawanan akhir ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu khas iaitu Pengarah Negeri WP Kuala Lumpur En. Sabin Samitah, Pengarah APM merangkap Presiden Kelab En. Mohd Nizom Sairi, Pengarah Cawangan Pungutan En. Sezali Othman dan Pengarah Cawangan Jalan Duta En. Hassim Shafiai.

Pungutan United yang beraksi buat kali pertama di Stadium MPS Selayang, langsung tidak menunjukkan rasa ‘kekok’, buktinya pada babak awal perlawanan menyaksikan Pungutan United mula melancarkan beberapa ancaman berbahaya ke arah kubu Boyz United dengan harapan mencari jaringan awal namun pemain pertahanan Boyz United segera menutup ruang yang ada. Aksi bersambung, Boyz United mendapat peluang melalui sepakan percuma tetapi bola sepakan Amran Razali hanya mengenai tepi gawang gol.

Pungutan United kembali mendominasi permainan sehinggakan pemain Boyz United menjatuhkan pemain lawan dan dihadiahkan sepakan percuma. Faizul Azizi Mohd Faiz tampil melepaskan rembatan percuma namun penjaga gol Boyz United, Johnny Warnela Jaswar berjaya menepis keluar bola itu.

Kelumpuhan bahagian tengah Boyz United menyebabkan mereka mula mengamalkan corak hantaran jauh untuk menembusi benteng Pungutan United. Saiful Hisyam Zainal Abidin memperolehi hantaran jauh yang cantik tetapi dapat dipintas oleh Muhammad Shazni Shuib yang mengeluarkan bola itu dari kawasan bahaya. Selepas itu, kedua-dua pasukan memperolehi sepakan percuma namun masih gagal menewaskan penjaga gawang pihak lawan. Tidak lama kemudian, Boyz United bangkit daripada satu serangan balas, Mohd Firdauz Mohd Lazim melorongkan bola untuk Saiful Hisyam Zainal Abidin tetapi dia hanya menyepak lemah bola itu dan dapat diselamatkan oleh penjaga gol Pungutan United, Roslee Md Noor.

Aksi separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mula menukar pemain. Gawang gol Pungutan United diancam oleh rembatan Razak Che Abdul Rahman namun dapat ditepis keluar oleh Roslee Md Noor. Beberapa minit kemudian, Pungutan kembali mengatur asakan ke gawang gol Boyz United namun tandukan Muhammad Noor Zamir Nurani sedikit terkeluar dari sasaran.

Bayangan kekalahan mula terpancar apabila pemain pertahanan Pungutan United, Muhammad Shazni Shuib dilayangkan kad merah kerana mengasari penyerang lawan. Walaubagaimanapun, Boyz United masih gagal ‘mengepung’ pasukan Pungutan United yang hanya beraksi dengan sepuluh orang pemain.

Beberapa minit kemudian, kesilapan pemain Pungutan United yang menjatuhkan penyerang Boyz United telah mengundang padah membolehkan Boyz United dihadiahkan sepakan penalti. Jaringan penalti daripada Mohd Firdauz Mohd Lazim menggamatkan kem Boyz United dan penyokong mereka. Seminit kemudian, perlawanan ditamatkan dan sorakan kegembiraan pasukan Boyz United terus bergema sambil diberi tepukan oleh para penonton.

Kekalahan Pungutan United ini mengulangi episod kecewa mereka tahun lalu apabila turut tewas di perlawanan akhir kepada pasukan Pro Centre FC. Bagi Boyz United, mereka berjaya mencatat dua kejuaraan, kali terakhir pada musim 2006/2007. Boyz United selaku johan kali ini menerima piala pusingan, wang tunai berjumlah RM500, medal dan cenderahati manakala Pungutan United menerima wang tunai RM250, medal dan cenderahati. Tempat ketiga menjadi milik JTM FC dan keempat adalah Lemak FC.

Anugerah Khas;


  • Penjaring Terbanyak
    Mohd Firdauz Mohd Lazim
  • Pemain Terbaik
    Ab Halim Ayop
  • Penjaga Gol Terbaik
    Roslee Md Noor

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN HASIL DALAM NEGERI KUALA LUMPUR

No comments:

Aktiviti Kelab

2009-Mesyuarat Agung KKSHDNKL Ke 47 (1) 2010-Bola Sepak 7 Dan Tenis (1) 2010-Bola Tampar Inter Cawangan (1) 2010-Bolasepak Veteran (1) 2010-Five Yat United Juara Hoki (1) 2010-HASILKLSC Juara MAKSWIP (1) 2010-Hoki 7 Sepasukan Hasil (1) 2010-Jadual Perlawanan Hoki (1) 2010-Kejohanan Badminton Terbuka (1) 2010-Kejohanan Liga Bowling (1) 2010-Keputusan Karnival Futsal (1) 2010-Keputusan Liga Bola Sepak 7'S (1) 2010-Keputusan Sukan MAKSWIP (1) 2010-Majlis 'JasaMu Dikenang' (1) 2010-MAKESH KL2010 (1) 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (1) 2010-Pemain Lawn Bowl Menyerlah (1) 2010-PERAK SUUNTO R N QUEST (1) 2010-Pesta Sukan Kem Kewangan Ke-36 (1) 2010-Program Pembangunan Jati Diri (1) 2010-Rentap Futsal Putrajaya (1) 2010-Tokoh-Tokoh Sukan 2008/2009 (1) 2010-Ulasan Final Liga Hasil KL (1) 2011-Aturcara Pertandingan Menembak (1) 2011-Bersenamrobik Bersama CEO (1) 2011-Futsal 1Belia1Malaysia 2011 (1) 2011-Golf MAKSWIP (1) 2011-Kejohanan Badminton Terbuka LHDNM (1) 2011-Kejohanan Futsal Terbuka LHDNM 2011 (1) 2011-Keputusan Futsal 1Belia1Malaysia (1) 2011-Keputusan Pertandingan Menembak (1) 2011-Kuala Lumpur (1) 2011-LHDNM Ulang Tahun Ke-15 (1) 2011-Menembak (1) 2011-Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MKSHDNM (1) 2011-Penganjuran Aktiviti Skuasy Dan Bola Kerajang (1) 2011-Penghargaan (1) 2011-Pertandingan Menembak (1) 2011-Peserta Menembak (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-1 (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-3 (1) 2011-Selamat Maju jaya (1) 2011-Syabas (1) 2011-Syabas dan Tahniah (1) 2011-Team Futsal HASILKLSC Cemerlang (1) 2011-Ucapan Tahniah (1) Ucapan Tahniah YBhg Tan Sri (1) Wira HASiL Berjaya Menawan Puncak Tertinggi Asia Tenggara (1) XPDC GUNUNG KINABALU LHDNM 2012 (1)