Tuesday, October 5, 2010

MAJLIS PERPISAHAN TUAN BENDAHARI KEHORMAT



JASAMU DIKENANG

FELDA VILLA, Kuala Lumpur 29 September 2010...
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Bendahari Kehormat di atas kenaikan pangkat sebagai Pengarah Cawangan Kangar mulai 1 Oktober 2010 yang lalu.

Kenaikan pangkat Encik Wan Mustafa Husin merupakan pengiktirafan kepada aktivis sukan Hasil KL dan warga Kelab keseluruhannya. Tugas selaku Timbalan Pengarah Cawangan Wangsa Maju sememangnya amat ketat, namun tugas kewangan Kelab tidak diambil ringan, keperluan kewangan bagi setiap aktiviti Kelab yang diluluskan diberi keutamaan termasuk perihal kebajikan. Beliau juga mengutamakan aktiviti Kelab diberi nilai tambah, agar ia dapat menarik minat warga Hasil KL menjadi ahli Kelab.
Mengenai aktiviti sukan kegemaranya, beliau amat sinonim dikalangan rakan-rakan Kelab sebagai 'Encik Wan & Golf', memang sukan nombor satu Encik Wan Mustafa disamping sukan tenis. Pernah mewakili Psukan Hasil dan Kelab di beberapa siri kejohanan.

Bagi memperingati jasa-jasa beliau bersama Kelab majlis 'Jasamu Dikenang' telah diadakan di Felda Villa, Kuala Lumpur, dihadiri oleh hampir semua Ahli Jawatankuasa Kerja Kelab dan beberapa orang tetamu. Hadir sama Presiden Kelab, Encik Mohd Nizom Bin Sairi serta dua Naib Presiden, Setiausaha Kehormat, Pen. Setiausaha kehormat dan Pengurus Sukan. Dalam ucapan terima kasih, Presiden Kelab meluahkan rasa bangga di atas pengiktirafan Pengurusan LHDNM kepada aktivitis sukan diberi tanggung jawab besar di peringkat pengurusan. Manakala dalam ucapan balas Encik Wan, beliau amat berterima kasih di atas ingatan dengan mengadakan majlis perpisahan beliau dan berharap satu hari nanti bila kembali ke Kuala Lumpur beliau akan tetap bersama Kelab.

Dalam majlis yang sama Encik Shahahrrudy Othman yang juga Pen. Setiausaha Kehormat telah menerima tugas dari mantan Bendahari Kehormat setelah beliau dilantik sebagai Bendahari Kehormat.

Mantan Bendahari Kehormat bersama Presiden dan tetamu..


Satu tanggung jawab besar....En. Shaharrudy Othman
Laporan;
Setiausa Kehormat
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur

No comments:

Aktiviti Kelab

2009-Mesyuarat Agung KKSHDNKL Ke 47 (1) 2010-Bola Sepak 7 Dan Tenis (1) 2010-Bola Tampar Inter Cawangan (1) 2010-Bolasepak Veteran (1) 2010-Five Yat United Juara Hoki (1) 2010-HASILKLSC Juara MAKSWIP (1) 2010-Hoki 7 Sepasukan Hasil (1) 2010-Jadual Perlawanan Hoki (1) 2010-Kejohanan Badminton Terbuka (1) 2010-Kejohanan Liga Bowling (1) 2010-Keputusan Karnival Futsal (1) 2010-Keputusan Liga Bola Sepak 7'S (1) 2010-Keputusan Sukan MAKSWIP (1) 2010-Majlis 'JasaMu Dikenang' (1) 2010-MAKESH KL2010 (1) 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (1) 2010-Pemain Lawn Bowl Menyerlah (1) 2010-PERAK SUUNTO R N QUEST (1) 2010-Pesta Sukan Kem Kewangan Ke-36 (1) 2010-Program Pembangunan Jati Diri (1) 2010-Rentap Futsal Putrajaya (1) 2010-Tokoh-Tokoh Sukan 2008/2009 (1) 2010-Ulasan Final Liga Hasil KL (1) 2011-Aturcara Pertandingan Menembak (1) 2011-Bersenamrobik Bersama CEO (1) 2011-Futsal 1Belia1Malaysia 2011 (1) 2011-Golf MAKSWIP (1) 2011-Kejohanan Badminton Terbuka LHDNM (1) 2011-Kejohanan Futsal Terbuka LHDNM 2011 (1) 2011-Keputusan Futsal 1Belia1Malaysia (1) 2011-Keputusan Pertandingan Menembak (1) 2011-Kuala Lumpur (1) 2011-LHDNM Ulang Tahun Ke-15 (1) 2011-Menembak (1) 2011-Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MKSHDNM (1) 2011-Penganjuran Aktiviti Skuasy Dan Bola Kerajang (1) 2011-Penghargaan (1) 2011-Pertandingan Menembak (1) 2011-Peserta Menembak (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-1 (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-3 (1) 2011-Selamat Maju jaya (1) 2011-Syabas (1) 2011-Syabas dan Tahniah (1) 2011-Team Futsal HASILKLSC Cemerlang (1) 2011-Ucapan Tahniah (1) Ucapan Tahniah YBhg Tan Sri (1) Wira HASiL Berjaya Menawan Puncak Tertinggi Asia Tenggara (1) XPDC GUNUNG KINABALU LHDNM 2012 (1)