YBhg. Dato' Dr. Mohd Shukor Hj Mahfar Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia telah menyempurnakan majlis perasmian Pertandingan Menembak Hasil KL2011 dengan disaksikan oleh YBhg Datuk Sabin Samitah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Mohd Nizom Sairi, Presiden HASILKLSC, pegawai-pegawai kanan dan rakan-rakan peserta.
Pertandingan pertama kali diadakan diperingkat HASILKLSC menawarkan hadiah piala pusingan TKP (Pengurusan) sumbangan YBhg Datuk Sabin Samitah kepada peserta individu terbaik. Dalam ucapan aluan oleh Presiden Kelab, beliau merakamkan ucapan penghargaan kepada semua peserta yang mengambil bahagian khususnya kepada YBhg Dato' CEO kerana sudi menerima jemputan untuk turut serta dalam pertandingan dalam kategori VIP. Ucapan penghargaan juga diberikan kepada YBhg Datuk Sabin Samitah di atas sumbangan Piala Pusingan dan diharapkan pertandingan akan diadakan setiap tahun.
Semasa ucapan perasmian YBhg Dato' CEO memuji usaha Kelab di atas penganjuran aktiviti sukan yang boleh membina motivasi anggota LHDNM keseluruhannya. Kepada barisan Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Encik Yew Leong Boon YBhg. Dato' CEO mengucapkan syabas semoga pertandingan ini akan dapat berjalan lancar dan selamat. Kepada semua peserta YBhg Dato' CEO juga mengucapkan Selamat Bertanding Dalam Semangat Kesukanan Tinggi.
Berikut KEPUTUSAN PENUH pertandingan;
Peserta Terbaik Menerima Piala Pusingan Datuk Sabin Samitah
- Encik Yew Leong Boon
- Johan : VIP1 (845 mata) diketuai oleh YBhg Dato' Mohd Shukor Hj Mahfar
- Naib Johan : VIP2 (523 mata) diketuai oleh YBhg Datuk Sabin Samitah
- Ke-3 : BIP4 (390 mata) diketuai oleh Encik Mahmood Daud
Kategori (Falling Plate)
- Johan : VIP1
- Naib Johan : VIP2
- Johan : PB United (953 mata)
- Naib Johan : CSI Shah Alam (865 mata)
- Ke-3 : Purajaya (736 mata)
Kategori Terbuka (Falling Plate)
- Johan : PB United
- Naib Johan : Putrajaya
- Ke-3 : CSI Shah Alam
Kategori Individu VIP
- Johan : Encik Yew Leong Boon (244 mata)
- Naib Johan : Encik Lim Kien Thai (220 mata)
- Ke-3 : Puan Amnah Tawil (192 mata)
Kategori Individu Terbuka
- Johan : Encik Yew Leong Boon (244 mata)
- Naib Johan : Encik Zairal Azman Abdul Razak (222 mata)
- Ke-3 : Encik Zawawai Mat Isa (217 mata)
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN HASIL"
Setiausaha Kehormat
HASILKLSC
hasilklsc@yahoo.com
No comments:
Post a Comment