Saturday, January 15, 2011

ONE PHANTOM BANK, PORT KLANG


Kapal Jabatan Laut Malaysia




Rumah Api - One Phantom Bank (OPB) - Permatang Sedepa terletak di tengah laluan kapal kira-kira 27 batu nautika dari jeti Pelabuhan Klang menjadi nadi pergerakan kapal yang menyusuri Selat Melaka. Sekitar OPB terdapat sebuah bangkai kapal karang yang tersadai di beting pasirnya. Kawasan inilah yang menjadi tumpuan ikan selain disekitar tiang konkrit OPB.

Ikan-ikan yang terdapat di OPB seperti ikan talang, alu-alu, jenahak dan kerapu di samping tenggiri, gerepoh dan aruan tasik yang kadang-kadang turut menjadi habuan pemancing. Waktu malam pula sambil memancing, pengujung berpeluang mencandat sotong yang gemar bermain cahaya dari rumah api berkenaan.

Bagi pemancing junior, OPB adalah tempat yang sesuai untuk berjinak dengan aktiviti memancing di laut. Selain itu ikan selar, tamban dan cencaru turut digemari kaki pancing. Selain ia dijadikan umpan hidup pilihan, ikan-ikan ini turut popular sebagai ikan hidangan...sumber internet

Justru HASILKLSC akan menganjurkan aktiviti rekreasi hujung minggu khusus kepada ahli kelab yang berminat dalam aktiviti memancing dan photography. Aktiviti dijangka mendapat kerjasama Institut Perikanan Malaysia (IPM) dengan kapal KL Cermin. Aktiviti rekreasi di One Phantom Bank (Permatang Sedepa) merupakan aktiviti pemula khusus kepada pemancing tegar manakala ahli Kelab yang meminati aktiviti photografi juga dijemput turut serta.

Agenda ke One Phantom Bank diadakan pada;

  • Tarikh : 19 - 20 April 2011 (Sabtu & Ahad)
  • Venue : One Phantom Bank, Port Klang
  • Kerjasama : Institut Perikanan Malaysia (IKM)
  • Kapal : Jabatan Laut Malaysia

Ahli Kelab yang berminat daftar (Nama Penuh) segera melalui emel atau hubungi urusetia atau response melalui blog ini selewatnya pada 4 April 2011 (Isnin). Tempat adalah terhad 30 pendaftaran pertama terpilih.

HASILKLSC
e.Mel: hasilklsc@yahoo.com,

No comments:

Aktiviti Kelab

2009-Mesyuarat Agung KKSHDNKL Ke 47 (1) 2010-Bola Sepak 7 Dan Tenis (1) 2010-Bola Tampar Inter Cawangan (1) 2010-Bolasepak Veteran (1) 2010-Five Yat United Juara Hoki (1) 2010-HASILKLSC Juara MAKSWIP (1) 2010-Hoki 7 Sepasukan Hasil (1) 2010-Jadual Perlawanan Hoki (1) 2010-Kejohanan Badminton Terbuka (1) 2010-Kejohanan Liga Bowling (1) 2010-Keputusan Karnival Futsal (1) 2010-Keputusan Liga Bola Sepak 7'S (1) 2010-Keputusan Sukan MAKSWIP (1) 2010-Majlis 'JasaMu Dikenang' (1) 2010-MAKESH KL2010 (1) 2010-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (1) 2010-Pemain Lawn Bowl Menyerlah (1) 2010-PERAK SUUNTO R N QUEST (1) 2010-Pesta Sukan Kem Kewangan Ke-36 (1) 2010-Program Pembangunan Jati Diri (1) 2010-Rentap Futsal Putrajaya (1) 2010-Tokoh-Tokoh Sukan 2008/2009 (1) 2010-Ulasan Final Liga Hasil KL (1) 2011-Aturcara Pertandingan Menembak (1) 2011-Bersenamrobik Bersama CEO (1) 2011-Futsal 1Belia1Malaysia 2011 (1) 2011-Golf MAKSWIP (1) 2011-Kejohanan Badminton Terbuka LHDNM (1) 2011-Kejohanan Futsal Terbuka LHDNM 2011 (1) 2011-Keputusan Futsal 1Belia1Malaysia (1) 2011-Keputusan Pertandingan Menembak (1) 2011-Kuala Lumpur (1) 2011-LHDNM Ulang Tahun Ke-15 (1) 2011-Menembak (1) 2011-Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MKSHDNM (1) 2011-Penganjuran Aktiviti Skuasy Dan Bola Kerajang (1) 2011-Penghargaan (1) 2011-Pertandingan Menembak (1) 2011-Peserta Menembak (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-1 (1) 2011-Program Pembangunan Jatidiri Siri-3 (1) 2011-Selamat Maju jaya (1) 2011-Syabas (1) 2011-Syabas dan Tahniah (1) 2011-Team Futsal HASILKLSC Cemerlang (1) 2011-Ucapan Tahniah (1) Ucapan Tahniah YBhg Tan Sri (1) Wira HASiL Berjaya Menawan Puncak Tertinggi Asia Tenggara (1) XPDC GUNUNG KINABALU LHDNM 2012 (1)