Perutusan Presiden;
Beliau amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh setiap AJK yang diterjemahkan melalui penganjuran aktiviti sukan mahupun aktiviti kebajikan. Beliau amat berharap mesyuarat seumpamanya dapat juga diadakan di cawangan-cawangan lain dimasa hadapan. Beliau juga amat yakin sekiranya aktiviti dapat dipelbagaikan, Kelab juga akan dapat menarik lebih ramai warga Hasil menjadi ahli.
Laporan Aktiviti;
Mesyuarat tersebut telah menerima laporan aktiviti oleh Setiausaha Kehormat dengan beberapa pindaan. Sepanjang dua setengah bulan yang lalu dimana beberapa aktiviti telah dapat dilaksanakankan khususnya membentuk pasukan kekejohanan MAKSWIP seperti berikut;
- Liga Tenpin Bowling MAKSWIP
- Kejohanan Badminton Berpasukan dan Individu MAKSWIP
- Pemilihan Bola Sepak Veteran MAKSWIP
- Karnival Futsal Terbuka Hasil KL2010
- Program Jatidiri Siri 1
- Liga Bola Sepak Hasil 2010
- Kejohanan Tenpin Bowling Pasukan MAKSWIP di Melaka
- Kejohanan bola Jaring MAKSWIP
Keputusan Terbaik Pasukan Kelab di Kejohanan MAKSWIP;
- Badminton - Peringkat Kumpulan
- Tenpin Bowling (Melaka) - Johan
- Bola Jaring - Peringkat Suku Akhir
Mesyuarat Kelab;
- Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Bil.1/2010 - pada 21 Januari 2010
- Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil.1/2010 - pada 5 Februari 2010
- Mesyuarat Jawatankuasa Sukan Bil.1/2010 - pada 18 Februari 2010
- Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan Bil.2/2010 - pada 24 Mac 2010
Keahlian Kelab;
- Sejumlah seribu seratus ahli berdaftar. Dua puloh lapan mohon menjadi ahli
Laporan Bendahari Kehormat;
- Mesyuarat dimaklumkan bahawa Laporan Kewangan Tahun Berakhir 31 Disember 2009 dengan rasminya telah diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira.
Agenda Hal-hal lain;
- Mesyuarat telah dapat berbincang dan memperhalusi rangka kerja persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Hasil (MAKESH) KL2010. MAKESH akan berlangsung pada 3 April 2010 di Dewan Sri Hasil APM.
- YBhg Dato' KPE telah memberikan persetujuan untuk hadir
- Presiden telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi pemilihan calon penerima anugerah dan akan diumumkan pada malam tersebut.
- Bersempena mesyuarat ini, Presiden Kelab telah melancarkan blog rasmi Kelab iaitu http://sukanhasilkl.blogspot.com/ dan berharap ia sentiasa dikemaskini. Bagaimanapun semua AJK perlu memberikan bahan-bahan untuk dipaparkan.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"
Setiausaha Kehormat
Kelab Kebajikan Dan Sukan Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur
e.Mel: hasilklsc@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment