

CEMERLANG, SUUNTO TAIPING PERAK 25 APRIL 2010
Team Ekstrem HASILKLSC akan menyertai Kejohanan Perak Suunto 6h-12h Rogaining Navigation Quest 2010 Teluk Intan - Langkap yang akan berlangsung pada 27 hingga 28 November 2010. Pasukan HASILKLSC akan diketui oleh Konvenor Sukan Ekstrem seperti berikut;
- Mohd Faisol Ahmad (Ketua Pasukan)
- Zainudin Muhamed
- Haryatul Yusri Md Yusop
- Noorrul Waheedah Ahmad Jamaludin
- Mohd Asri Nekmat
- Samsidar Abdullah
- Norazlan Hadi Mohamed
- Mohamad Fais Shamsudin
- Mohd Haziq Zahari
- Azri Nazmi Abu Bakar
Team akan dibahagi kepada 4 pasukan kecil dan akan mencuba ketahap kedudukan terbaik. Penampilan dua ahli sukan ekstrem wanita amat dipuji. Pencapaian di Suunto Taiping April 2010 yang lalu dua Team HasilKLSC menduduki tempat ke-4 & ke-5, satu pencapaian yang membanggakan. Kejayaan pasukan bukan diperolehi dengan cara yang mudah sebaliknya hasil latihan dan komitmen yang tinggi oleh setiap anggota. Ketajaman mental dan keupayaan fizikal digandingkan dengan sikap kerjasama antara mereka dapat menghasilkan keputusan luar jangka.
Kelab mendoakan agar Team HASILKLSC akan mencapai kejayaan cemerlang khususnya kepada Ketua Pasukan, Sdr Mohd Faisol Ahmad. Usaha gigih beliau telah berjaya menambah keanggotaan pasukan bagi penyertaan kali ini. Kejayaan team ini akan mendorong ahli-ahli Kelab lain menyertai sukan ekstrem ini dimasa hadapan.
Aktiviti ekstrem tahun 2011, Kelab di bawah Sukan Ekstrem akan menganjurkan Ekpedisi Kinabalu 2011 dan Grand Prix Joran Laut Dalam selain SUUNTO 2011, ahli-ahli Kelab serta warga Hasil nantikan iklan dalam masa terdekat. Aktiviti sukan ekstrem merupakan sukan pilihan ahli disamping acara sukan sedia ada.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"
Setiausaha Kehormat
HASILKLSC
hasilklsc@yahoo.com
No comments:
Post a Comment