


UCAPAN SYABAS DAN TAHNIAH
APM, Bangi 27 November 2010. Sejumlah 12 pasukan mengambil bahagian dalam Liga Bola Sepak 7-Sepasukan Hasil 2010 yang berlangsung di Padang Bola Sepak APM, Bangi. Sambutan ahli untuk menyertai kejohanan ini sangat menggalakkan, memandangkan acara bola sepak merupakan sukan popular di dunia ketika ini.
Liga di bahagi kepada 3 kumpulan;
Kumpulan A
- ABULANI FC *
- WISMA HASIL A
- APM B *
- CHERAS FC *
Kumpulan B
- WISMA HASIL B
- APM A
- PRO CENTRE *
- KUNTUM FC *
Kumpulan C
- ADOKU-K-SAH
- TEAM NR *
- CKLB FC *
- GAMEBANGS FC *
Pasukan * mara ke Suku Akhir. Di perinkat Separuh Akhir Kuntum FC menewaskan Gamebangs FC (3 - 1) manakala CKLB FC menang ke atas Cheras FC menerusi tendangan penalti (3 - 2). Faktor cuaca menyebabkan pasukan finalis mengambil keputusan untuk tendangan penalti bagi menentukan juara.
Keputusan Kuntum FC telah menewaskan CKLB FC (3 - 2)
Pengarah APM yang juga Presiden HASILKLFC Encik Mohd Nizom Sairi telah hadir menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan. Turut hadir Naib Presiden HASILKLSC Encik Sohaimi Sabri, Setiausaha Kehormat dan Pengurus Sukan selaku Pengerusi Kejohanan. Tinjauan ahli menyatakan bahawa kejohanan ini diharap akan dapat diadakan setiap tahun disamping Liga Hasil.
Presiden HASILKLSC mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan yang menang dan yang tidak berjaya berusaha untuk kejohanan akan datang. Disamping itu beliau pula menyatakan bahawa kejohanan ini akan diberi nilai tambah di masa hadapan.
"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
"KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN LHDNM"
Setiausaha Kehormat
HASILKLSC
hasilklsc@yahoo.com
No comments:
Post a Comment