

SYABAS DAN TAHNIAH....Noor Azalan Abu Hanipah dan Hasnah Pie meneruskan kecemerlangan dalam acara boling padang di Paralimpiard Ke-15, Melaka. Mereka terpilih mewakili Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Pegawai Pengiring kepada pemain OKU Penglihatan di bawah kategori Single (L) dan Pairs (W).
Mereka masing-masing telah membantu pemain untuk memenangi Pingat Gangsa kategori Single (L) dan Pingat Perak kategori Pairs (W).
MAKLUMAT MENGENAI PEGAWAI PENGIRING
Pegawai Pengiring adalah perkara utama bagi melaksanakan kejohanan Paralimpiard. Tugas mereka adalah memberikan arahan kepada pemain bagaimana untuk membuat balingan, jarak bowls daripada jack, jarak jack daripada matt serta kedudukan bowl lawan. Dengan penuh kesabaran dan tanggung jawab mereka memberikan arahan kepada pemain untuk melaksanakan lontaran bowl seterusnya menentukan kemenangan. Ini bermakna corak permainan dan strategi adaah di atas kebijaksanaan Pegawai pengiring.
Kelab mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Lawn Bowl Kuala Lumpur kerana memberikan kepercayaan dengan memilih ahli Kelab ini bagi menjalankan tugas dan tanggung jawab tersebut.
Setiausaha Kehormat
hasilklsc@yahoo.com
No comments:
Post a Comment